Bukan untuk bersosial semata-mata, teknologi digital amat membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. ​

Ia membantu masyarakat dunia untuk menghapuskan kemiskinan, meningkatkan hasil pertanian, membolehkan pesakit di kawasan pedalaman diperiksa dan dirawat oleh pakar kesihatan, mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan, pengurusan air pintar, mengurangkan jurang dalam masyarakat, membuka peluang pekerjaan, menggalakkan perkembangan ekonomi, dan banyak lagi. ​

Semua ini adalah persediaan yang perlu kita lakukan untuk kebahagian dan kesejahteraan generasi akan datang. ​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

 

279000910 360222372810018 119918218981598751 n

Sentiasa amalkan adab dan etika ketika melayari internet. Berhemah dalam memberi pandangan dan elakkan penggunaan bahasa kesat yang boleh mengguris hati orang lain.

Jaga keamanan, jangan sokong hasutan-hasutan negatif yang boleh menyebabkan perbalahan pelbagai kaum di negara kita.

#MCMC
#RukunNegara
#socialmediaetiquette
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer

279817756 367728252059430 4948676239897609960 n

Jom ikuti 3 langkah membendung berita palsu.

1. Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya.
2. Semak dahulu kebenaran sesuatu berita di portal sebenarnya.my.
3. Bertanggungjawab terhadap kandungan dan maklumat yang ingin disebarkan.

Jom Klik Dengan Bijak !

 

278600621 2141313436038089 4586029020457256487 n

Tip Menilai Maklumat​
 
Sumber​
Adakah sumber itu boleh dipercayai? Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut? Adakah sumber tersebut telah dikemas kini baru-baru ini?​
 
Faham ​
Fahamkan dan pastikan kejelasannya- Apakah topik yang dibincangkan? Cari fakta, bukan pendapat atau pengalaman semata-mata. Adakah ianya secara mendalam atau ringkas? Kenapa pengarang memulakan topik tersebut? Apa yang mahu dicapai melalui bahan tersebut?​
 
Selidik ​
Buat carian lebih mendalam- Periksa dan bandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber berlainan. ​
 
Menilai​
Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama. Lihat dari sudut berbeza. ​
 
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​
 
278993018 2144911189011647 4138961115196848774 n
Pastikan anda semak dahulu kesahihan sesuatu kandungan sebelum membuat perkongsian di media sosial.