REKREASI DAN PELANCONGAN
F'BEST HOMESTAY
Homestay F,BEST
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperkenalkan satu konsep baru di Gugusan Serting Hilir iaitu program Homestay, iaitu Inap Desa. FELDA atau F' Best Homestay mula diperkenalkan pada Januari 2004.
Tujuan utama program Inap Desa diwujudkan di Serting Hilir bertujuan untuk mengajak pengunjung merasai dan mengalami sendiri kehidupan harian peneroka FELDA. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pelancong seperti petangque, cara mengait buat sawit , cara menoreh getah, memancing, melawat keindustri kecil, penjagaan pelanduk dan perbagai aktiviti lain. Lebih daripada 40 penduduk menyertai program kerjasama bersama IPTA/IPTS. Penduduk yang terlibat akan menjadi tuan rumah atau keluarga angkat bagi program penyelidikan IPTA/IPTS .
Disamping itu juga, kemudahan homestay yang disediakan di felda serting hilir ini turut menerima kunjungan penginapan dan tempahan kepada saudara mara meraka mahupun saudara bakal pengantin dalam melangsungkan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
Antara penduduk yang terlibat ialah:
1.Baharom bin Bahaman
2.Ujang bin Sani
3.Abdul Aziz bin Bachik
4.Rosin binti Abdullah
5.Kasmah bin Mohamad
6.Fauziah binti Haji Mohamad
7.Abd. Rashid bin Yaacub
8.Hajah Siti Norma Binti Bidin
9.Hamzah bin Ahmad
10.Haji Adnan bin Salleh
11.Ab. Latib bin Burok
12.Baharin bin Ibon
Maklumat lanjut hubungi Pn. Morni Abu/ 06-4583781/ 013-2522468
Terdapat tiga pakej yang disediakan dalam program Inap Desa di sini, iaitu Pakej Lawatan Harian, Pakej Lawatan Dua Hari dan Pakej Lawatan Tiga Hari. Untuk pakej Lawatan Harian, pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM65.00 manakala kanak-kanak dikenakan bayaran sebanyak RM50.00. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam pakej ini ialah lawatan kampung, menangkap ikan, jamuan ringan sempena menyambut pengunjung dan makan tengah hari.
Pakej Lawatan Dua Hari pula dikenakan bayaran sebanyak RM130.00 untuk pengunjung dewasa dan RM100.00 untuk kanak-kanak. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam pakej ini ialah menetap bersama keluarga angkat, melawat kampung, menangkap ikan, sukaneka dan persembahan kebudayaan.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk Pakej Lawatan Tiga Hari adalah sama dengan Pakej Lawatan Dua Hari. Namun terdapat penambahan satu aktiviti yang lain iaitu Lawatan Agro.Pengunjung dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM150.00.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di F'Best Homestay ialah dewan seminar, bilik komputer, kiosk, kanopi, rumah rehat, surau dan padang futsal. Selain itu, penternakan rusa yang dijalankan di Felda Serting Hilir Kompleks turut dijadikan sebagai satu daya tarikan untuk pengunjung yang datang.
Hutan Lipur De Bana Lui Barat juga menjadi salah satu kawasan riadah yang menjadi tumpuan penduduk Serting Hilir, terutamanya pada cuti umum. Air terjun tujuh tingkat ini sesuai untuk aktiviti mandi-manda serta berkelah. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung antaranya tapak perkhemahan, wakaf dan surau.
TERDAPAT JUGA LOKASI YANG BERHAMPIRAN YANG DAPAT DIKUNJUNGI
Antara beberapa tempat berhampiran yang menarik dikunjungi untuk aktiviti hutan, melihat flora dan fauna , merasai kawasan air sungai , jeram dan terjun dan melakukan aktiviti perkhemahan seperti :-
- Hutan Lipur Ulu Bendul - Terletak di Hutan Simpan Angsi di laluan utama Seremban - Kuala Pilah
- Hutan Lipur Jeram Toi - Terletak di Bukit Telapak Buruk dalam Hutan Simpan Berembun, daerah Jelebu
- Hutan Lipur Serting Ulu - Terletak kira-kira 8 km dari pekan Batu Kikir. Ia termasuk didalam kawasan Hutan Simpan Serting
-
Gunung Datuk - Kemuncak tertinggi di Daerah Rembau
- Gunung Tampin - Kaya dengan flora dan fauna alam semulajadi. Juga terdapat jeram yang menjadi tempat rekreasi
- De Bana - Hutan Lipur De Bana terletak di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Terdapat Kem PLKN De Bana
- Jeram Tengkek - Hutan Lipur Jeram Tengkek terletak di Batu Kikir