Berwaspadalah. Jangan jadi mangsa penipuan kewangan dan percukaian.
#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita
Makluman berita palsu.Tidak pasti jangan kongsi. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.
#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita
KESELAMATAN
Pondok Polis Serting Hilir Kompleks
Pondok Polis Kompleks Serting Hilir terletak di Felda Serting Hilir Kompleks dan diketuai oleh Kopral Nor Azmi. Dengan adanya pondok polis ini, ianya dapat memudahkan para penduduk di Serting Hilir membuat aduan tentang sebarang kes yang melibatkan atau mengancam keselamatan penduduk seperti kes jenayah dan sebagainya.
Anggota polis yang bertugas biasanya membuat rondaan di sekitar kawasan Serting Hilir dan kampung-kampung sekitar untuk memastikan keselamatan penduduk kampung sentiasa terjamin. Walau bagaimanapun, penduduk juga boleh membuat aduan ke Balai Polis Jempol yang terletak di Bandar Seri Jempol iaitu kira-kira 16 km dari Felda Serting Hilir Kompleks.
Pondok Rela Felda Serting Hilir Kompleks
Tugas menjaga keamanan dan keselamat juga turut diamanahkan secara sukarela sebagai anggota RELA , dalam usaha mereka berganding bahu dan turun bersama menjaga dan mengawal ketenteraman penduduk di Serting Hilir apabila diperlukan.
Selain itu juga turut diundang untuk menjaga dan mengawal pelbagai majlis seperti Majlis Hari Bersama Peneroka, Majlis VIP dan sebagainya. Anggota RELA juga turut membantu anggota polis dalam membuat rondaan kawasan Felda Serting Hilir ini.
Pondok Pemeriksaan Polis Bantuan FELDA
Polis Bantuan FELDA ini merupakan sebahagian anggota keselamatan yang menjaga harta benda FELDA/Holding, mengawal Premis Felda/Felda Holding, Membenteras Penyelewengan hasil Felda dan membenteras jenayah di dalam kawasan FELDA. Pondok Polis Bantuan FELDA ini disediakan dilaluan masuk persimpangan ke Pulapor Pelatih Polis, Felda Serting Hilir , Sg. Sampoo dan Felda Temangau agar ia dapat menyekat dan membenteras jenayah di dalam kawasan FELDA.
Talian Hotline Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan beroperasi 24 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada malam ini.
Aduan atau pertanyaan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-88882010.
Ikuti channel Telegram Rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Rasmi di https://t.me/kkmmchannel.
#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita