Terdapat tiga buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang dibina untuk generasi muda Serting Hilir menimba ilmu, iaitu Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 Felda (F), Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks, Sekolah Rendah Agama Rakyat Felda (F) Serting Hilir Kompleks dan Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 Felda (F) menempatkan anak-anak Perkampungan Serting Hilir 1 sehingga Serting Hilir 4. Manakala Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks menempatkan sebahagian generasi muda Perkampungan Serting Hilir 4 sehingga Serting Hilir 7.

SK Serting Hilir Kompleks 

 

SKSHK mula beroperasi pada 01 Disember 1994. Keluasan kawasan 16 ekar, menempatkan 3 blok bangunan tiga tingkat, kantin dan satu makmal komputer. Terletak di tengah-tengah perkampungan Felda Serting Hilir. Murid-murid terdiri daripada anak-anak peneroka Serting Hilir 1,2,3 dan 4 dan sebahagian anak pekerja kilang kelapa sawit dan kilang getah serta penduduk berhampiran seperti pulapah pusat latihan polis.

Visi : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Piagam Sekolah

1. Memberi pendidikan yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

2. Mengekalkan prinsip pendemokrasian dalam pendidikan dengan memastikan semua murid dapat menguasai 3M dan memberi peluang kepada murid mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mengira kaum dan latar belakang sosio-ekonomi.

3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan kebolehan diri dalam aktiviti sukan, persatuan dan unit berunifom.

4. Berusaha secara berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

5. Bekerjasama erat dalam permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat untuk bergerak ke arah kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah.

SK Serting Hilir Kompleks terletak di tengah-tengah perkampungan antara Felda Serting Hilir 1 dan Felda Serting Hilir 5. Berhampiran dengan Pulapol dan berdekatan dengan SK Serting Hilir 2 dan SMK Serting Hilir Kompleks.

Senarai Guru Besar

  • En. Mohamad Aris Bin Abu

(01.12.1994 hingga 30.09.1998)

  • En. Ismail Bin Abd Rahman

(01.10.1998 hingga 15.01.2003)

  • Pn. Hjh Hamisah Binti Sharif

(16.01.2003 hingga 31.10.2003)

  • Tn. Hj Abd Hadi Bin Abdul Ghani

(01.11.2003 hingga 16.08.2009)

  • En. Ahmad Zaki Bin Mohd Salleh

(16.08.2009 hingga 01.08.2010)

  • En. Norman Bin Zainal

 (02.08.2010 hingga SEKARANG)

 

SMK Serting Hilir Kompleks

 DSCN3566 E

SMK Serting Hilir Kompleks merupakan sebuah sekolah gred A luar bandar yang terletak kira-kira 30 km dari Pekan Bahau dan 100 km dari Bandar Seremban, yang ditubuhkan pada 3 Disember 1995. Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan pertama pelajarnya hanya berjumlah 165 orang dan menumpang di SK Serting Hilir Kompleks. Pelaksanaan pelajaran dan pembelajaran dijalankan pada sesi petang dan diterajui oleh 16 orang guru serta dibantu oleh 3 orang staff sokongan. Antara sekolah yang berperanan sebagai 'feeder school' kepada SMK Serting Hilir Kompleks ialah SK Serting Hilir Kompleks, SK Serting Hilir 2, SK PULAPAH, SK Sungai Shampo dan SK Tembangau.

SMK Serting Hilir Kompleks berpindah ke bangunan baru pada 6 Januari 1997, dengan pelajar berdafter seramai 326 orang dan 28 guru beserta 5 staff sokongan. Pada tahun 1998, kumpulan pertama pelajar Tingkatan 3 SMK Serting Hilir Kompleks telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Kumpulan pertama pelajar SMK Serting Hilir Kompleks menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000.

SMK Serting Hilir Kompleks mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Selain bilik darjah, sekolah ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas seperti Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal Komputer, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Sains Pertanian, Bengkel Katering, Bilik Kaunseling, kantin, padang, kedai koperasi, bilik rawatan, Bilik Gerakan Minda dan Bilik Carna Minda. Kemudahan-kemudahan asas ini memudahkan proses pencerapan ilmu dan nilai-nilai murni dijalankan secara terancang dan berkesan.

Pada tahun 2006, sebuah surau telah dibina untuk keperluan rohani warga SMK Serting Hilir Kompleks dan dinamakan Surau Ar Raudah, sedikit penambahan telah dilakukan kepada tempat meletak kenderaan beratap untuk keselesaan guru-guru. Pada tahun 2009, SMK Serting Hilir Kompleks telah mendapat satu dewan baru dan satu blok bangunan baru dalam melancarkan lagi proses pangajaran dan pembelajaran sekolah.

Barisan Pentadbiran

Tuan Pengetua : En. Alias Bin Abdul Samad

GPK Akademik : Tn. Hj Mazlan Bin Ya'akub

GPK HEM : En. Nabi Bin Mat Salleh

GPK KOKO : Pn. Norleila Binti Ismail 

MOTO : Berilmu, Beramal, Berwawasan

VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

FALSAFAH SEKOLAH : Melahirkan Pelajar Cermelang Ilmu Dan Berakhlak Serta Dapat membawa Kesejahteraan Hudup

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN : Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Ynag Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Interlek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan , berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga , Masyarakat Dan Negara

Jumlah Keseluruhan Pelajar : 650 Orang

Bilangan Guru : 55 Orang

Staf Sokongan : 5 Orang

 

SK Serting Hilir 2


DSCN3585

Bangunan sekolah mula dibina pada 19 Disember 1936 dan dinamakan  ‘Sekolah Rakyat ‘ oleh penduduk tempatan. Pada 4 Mei 1939 bangunan ini telah roboh akibat angin kencang. Murid-murid sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan JKR yang berhampiran.

Pada 16 April 1941 sebuah bangunan baru telah dibina oleh kerajaan.Kini bangunan ini dinamakan ‘Dewan Kenangan’. Pada 29 Jun 1941 bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad Shah.

Pada tahun 1952 sebuah bangunan baru dibina lagi di mana mengandungi 7 buah bilik darjah. Kini sebahagiannya digunakan sebagai pusat sumber, bilik guru dan makmal sains.

Pada 1 januari 1953, pentadbiran sekolah telah dibahagikan kepada dua bahagian ia itu Sekolah Lelaki dan Sekolah Perempuan. Awal tahun 1957 pentadbiran ini disatukan semula.

Pada tahun 1956 diwujudkan Sekolah Pertukangan Kayu. Pada 2 Ogos 1958 telah ditubuhkan pula Sekolah Pertukangan Besi. Walaubagaimana pun kedua-dua sekolah ini telah ditutup apabila kerajaan mengadakan ‘Rural Trade School’.

Pada 21 November 1973 sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. Kini sebahagiannya digunakan sebagai pejabat sekolah, Bilik Guru Besar dan Pusat Kegiatan Guru bagi kawasan Batu Kikir.Sekolah Kebangsaan Serting Ilir didirikan padaTahun 1936 di kawasan perkampungan tradisional Serting Ilir. Luas kawasan sekolah ialah lebih kurang 4 ekar.

Barisan Pentadbiran         

TUAN PENGETUA : Encik Halue bin Mat Tahir

GPK AKADEMIK : Pn.Niti Puspa binti Mokhri

GPK HEM : En.Haminudin bin Bohari

GPK KOKO : En.Hj.Mohd Asif bin Ahmad

MOTTO  : Ilmu itu diibaratkan penyuluh dalam kegelapan. Oleh itu ilmu yang dituntut oleh murid akan dapat membantu mereka menuju ke arah masa depan yang lebih cerah. Motto ini bersesuaian dengan inspirasi sekolah yang mahukan semua murid mencapai kecemerlangan dalam segala bidang.

VISI :  Pendidikan berkualiti terdidik negara sejahtera

Misi : Membestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membagunkan Potensi  Individu bagi memenuhi aspirasi negara

J.Keseluruhan Pelajar  : 256 Orang sahaja

Bilangan Guru              : 28 orang

Staf Sokongan              : 4 orang

 

Sekolah Agama Rakyat Serting Hilir Kompleks

DSCN3590

Sekolah Agama Rakyat Felda Serting Hilir Kompleks terletak di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Jauhnya dari pekan Bandar Seri Jempol 17 km dan kira-kira 90 km ke seremban. Ia juga tidak jauh dengan sempadan Negeri Pahang, kira-kira 16 km. Berhampiran dengan Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (PULAPOH ). Bangunan sekolah ini dibina di kawasan Masjid Felda Serting Hilir kompleks dan Bersebelahan jalan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks.

Sekolah ini dibina oleh pihak Feldapada tahun 1987. Terdapat 3 Blok bangunan , satu blok bangunan terdapat 3 bilik darjah. Pada ahun 1998 pihak sekolah menerima bantuan daripada Kementerian 80,000. Satu blok bangunan dengan 4 bilik darjah didirikan menjadi kesemuanya 4 blok bangunan dengan 13 bilik darjah. Sekolah ini dibuka pada 15 mei 1989 dengan murid seramai 122 orang. Tenaga Pengaja seramai 4 orang. Guru Besar pertama, Ust. Mokhtar B Hj Derus sehingga tahun 1996 dan diganti oleh ust. Asnawi B Bebakar tahun 1997. Pada Tahun 1995 sekolah berjalan dalam 2 sesi pagi dan petang seramai734 pelajar dan 11 orang gurudan kemuncak ramai pelajar pada tahun 2001, murid seramai 1152 orang dan 24 orang guru. Sekolah berjalan pada sesi pagi dan sesi petang sehingga tahun 2003 dan pada tahun 2004 dijalankan pada sesi petang sahaja, tetapi ianya masih lagi berjalan dalam dua sesi kerana bilik darjah tidak mencukupi hinggalah tahun 2005 dengan murid seramai 603 pelajar dan 19 orang guru.

 

Madrasah Tahfiz Felda Serting Hilir Kompleks 

Madrasah

 

Pembukaan Madrasah Tahfiz di Felda Serting Hilir Kompleks ini telah dibuka pada 01 April 2004 yang terletak di daerah jempol di dalam gugusan FELDA Serting hilir . Madrasah ini di kendalikan oleh Masjid Kariah Felda Serting Hilir kompleks. Pada tahun 2016 ini, jumlah keseluruhan pelajar seramai 60 orang iaitu pelajar lelaki seramai 45 orang dan 15 orang bagi pelajar perempuan. Pada tahun 2004 sehingga 2015 , Madrasah ini hanya mengambil pelaja lelaki sahaja. Segala pembelajaan di MAdrasah ini adalah hasil pembayaran yuran pelajar iaitu sebanya RM200 ringgit sebulan dan hasil dari ladang kelapa sawit Wakaf.

Bagi yang berhajat memberikan sumbangan bolahlah menginfaq ke akaun : Maybank Tahfiz  555032522625

Moto : Melahirkan Generasi Al-Quran yang beriman , berilmu dan Berakhlak mulia

Misi : Memastikan para pelajar dapat menguasai Al-Quran dengan mantap serta menjadi watan contoh kepada masyarakat

Visi : Melahirkan  pelajar yang menguasai Al-Quran dengan mantap dan menjadi watan  contoh kepada masyarakat

Carta Organisasi Tahfiz Masjid Felda Serting Hilir kompleks

Penasihat  :  Ust. Mohd Yazid Bin Shafie

Pengerusi  :  Zulfadli bin Abd Halim

Tim. Pengerusi  :  Jauri Bin Markom

Setiusaha  :  Sazalan Bin Abd Ghani

Bendahari  :  Nurul Shaira Bin Suhaimi

AJK  :  

1)  Abd Wahab Bin Othman

2)  Azmarul Husnika Bin Saat

3)  Salmah Bt Sulaiman

4)  Rabihah Bt Md Halid

5)  Nik Nurul Fathihah Bt Nik Mamat

6)  Azizah Bt Ibrahim

Carta Organisasi Kakitangan Tahfiz 

Pengetua : Mohd Amirus Bin Osman

GPK HEM : Abd Wahab Bin Othman

Guru/Warden : Azmarul Husnika Bin Saat

Guru : Mohd Aminur Loqman Bin Amirus

Guru : Siti Nur Azwani Nimti Ramli

Kerani/Warden : Nurul Shaira Binti Suhaimi

Masakan : Fatimah Binti Arshad

Pembersihan : Siti Radiah Binti Buhari

PROGRAM

1)  Program pembangunan Ilmu Al-Quran dan Fardu Ain

2)  Program pembangunan emosi dan sosial

3)  Program pembangunan berkat dan kemahiran insaniah

PENDEKATAN

1)  Kecakapan dan keberkesasnan pengurusan

2)  Kualiti pengajaran dan pembelajaran

3)  pengalaman nilai-nilai islam dalam kehidupan di asrama

 

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Serting Hilir Kompleks (PDK)

DSCN3562

Penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Serting Hilir Kompleks (PDK) bermula pada tahun 2013 bersebelahan Perpustakaan Desa Serting Hilir. Pada tahun 2007 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Serting Hilir Kompleks (PDK) ini telah mendapat bangunan baru sehingga ke hari ini yang dikenali juga sebai Program Pemulihan Dalam Komuniti di bawah Jabatan Pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Kelas terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

1. Peringkat Usia 0 -  6 tahun

2. Peringkat Usia 7 - 13 tahun

3. Peringkat Usia 17 dan Ke atas.

Motto : Bersama membantu insan istimewa

Objektif : 

1. Membantu pelajar kelainan upaya berdikari

2. Mengajar mereka mengenali Peniagaan

3. Memupuk semangat kasing sayang dalam satu kelompok

Mula Beroperasi :

Isnin - Jumaat

- 7:30 pagi sehingga 12.30 tengahari

Sabtu Ahad & Cuti Umum

- Cuti

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Urusan Boleh hubungi di talian :  06-4684471

 
Tabika KEMAS Felda Serting Hilir 01

TBK1

Setiap Felda Serting Hilir  1 ,2,3,4,5 & 6 memiliki setiap Tabika KEMAS untuk menempatkan anak-anak dan cucu-cucu serta kakitangan yang berkerja disekitar dengannya.

Tabika Felda Serting Hilir 1 ini telah ditubuhkan pada tahun 188 dengan keluasan tapak  suku ekar dibawah pentadbiran FELDA . Dibawah pentadbiran FELDA semua Tabika dinamakan Tabika ( Taman Didikan Kanak-Kanak ) dan tenaga pengajarnya dipanggil guru tabika. Ianya ditubuhkan kerana peningkatan kanak-kanak yang berumur 6 tahun pada ketika itu. Guru tabika yang pertama ketika itu ialah Pn. Rohani Bt Sukardi dengan jumlah kanak-kanak seramai 25 orang. Manakala pengerusi tabika ketika itu ialah Sdr. Hasbullah B Jayus dengan 10 i=orang ahli jawatankuasa yang lain bagi menyokong serta membantu menjalankan pelbagai aktiviti.

Pada tahun 1989 , Pn. Rohani Bt Sukardi telah meletak jawatan dan Pn. Samsia Bt Labon telah menggantikan tempat beliau . Pada Tahun 1990 jumlah pelajar kanak-kanak ynag berumur 6 tahun telah meningkat. Dengan itu Felda telah menambah satu kelas lagi serta mengambil seorang lagi tenaga pengajar iaitu Pn Rasidah Bt Abd Latif.

Pada 01 November 1991, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS ) telah mengambil alih pentadbiran yang di bawah pentadbiran FELDA termasuklah Felda Serting Hilir 1 ini. Di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Massyarakat KEMAS, tenaga pengajar tidak dipanggil guru tabika tetapi telah diberikan jawatan Pemaju Masyarakat TBK. Pada Tahun 1993 Pn. Samsia Bt Ladon telah ditukarkan tempat bertugas dan tempat beliau telah diambil alih oleh Pn Jatiah Bt Baba.

Pada tahun 1994, jumlah pelajar semakin meningkat lebih kurang 90 orang. Dengan peningkatan tersebut Tabika ini telah dijalankan kepada dua sesi iaitu sesi pertama jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi dan sesi kedua jam 11:00 pagi hingga 2 petang.

Mulai tahun 2003, jumlah kanak-kanak telah berkurangan dan tabika ini telah menjalankan aktiviti hanya satu kelas dengan Pemaju Masyarakatnya juga tinggal seorang sahaja. Pada 16 Disember 2003, Pn Rasidah Bt Abd Latif telah ditukarkan tempat bertugasnya dan tempat beliau digantikan dengan Puan So'da Bt Rasol dari Tabika KEMAS Felda Serting Hilir 02 sehingga kini.

Pada masa kini , Sdr Zakaria bin Abdullah telah memegang jawatan Pengerusi Tabika dengan 15 orang ahli jawatankuasa yang lain bagi menyokong serta membantu menjalankan pelbagai aktivi yang akan di adakan di Tabika KEMAS Felda Serting Hilir 01.

 

AKADEMI TINJU FELDA WILAYAH RAJA ALIAS, SERTING HILIR KOMPLEKS

rsz p 20161206 133628 1 p

Bangunan Akadedmi Tinju Felda Wilayah Raja Alias , Serting Hilir Kompleks ini telah siap  pada Tahun 2016 dan perbagai kelengkapan prasarana dibina dan aktiviti telah dijalankan dan dianjurkan . kemudahan asrama pelatih dan jurulatih turut disediakan. Pertandingan tinju juga sentiasa diadakan sepanjang tahun untuk melahirkan bakat-bakat anak tempatan dalam sukan tinju ini untuk mewakili negara dalam acara sukan bertinju.