Gunakan Kata Laluan

- Gunakan kata laluan yang kreatif (gabungan huruf, nombor dan simbol).

- Elakkan daripada mendedahkan kata laluan kepada orang lain.

- Sentiasa tukar kata laluan secara berkala dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sama (berulang).

- Sulitkan (encrypt) penghantaran dokumen rasmi Kerajaan dengan kata laluan.

- Elakkan menghantar kata laluan bersama-sama dengan dokumen rasmi Kerajaan.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

 

291038250 588144859334470 6329409318185209859 n

Amalkan STAR apabila mengalami situasi yang meragukan.

Stop (Berhenti) - Berhenti, jangan tekan sebarang pautan atau dedahkan maklumat anda melalui panggilan telefon atau secara dalam talian.

Think (Fikir) - Fikirkan sama ada maklumat yang dikongsi dengan anda sekadar indah khabar daripada rupa.

Act (Lapor) - Laporkan kepada polis dan sertakan maklumat yang ada untuk siasatan lanjut.

Respond (Respon) - Uar-uarkan kepada keluarga dan kenalan supaya mereka mempunyai maklumat tentang modus operandi terkini.

Sumber: Bank Negara Malaysia

#amaranscam

 

289419519 308374888080848 3979785362800026417 n

Elak Terpedaya!

Elakkan daripada terus mempercayai kandungan laman web, blog, dan email yang diragui atau daripada orang yang tidak dikenali. Semak dan rujuk kepada sumber-sumber yang sahih.

Sumber: Agensi Keselamatan Siber Negara

 

289768507 582634753218814 2259208104702316544 n

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa berwaspada apabila menerima mesej atau panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Laporkan kepada pihak polis atau rujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599.

#MCMC
#Scam
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer

 

289611438 587162279442306 4445945925066106851 n

Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan sekiranya anda menjadi mangsa penipuan jenayah komersil:

1. Hubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559/1599.

2. Membuat laporan polis di balai polis terdekat.

3. Majukan salinan laporan polis dan maklumat akaun bank yang terbabit kepada bank yang berkenaan.

4. Kumpulkan bukti dan rekod insiden untuk membantu pihak polis membuat siasatan, contoh:
    - Dokumen perjanjian
    - Nombor akaun perbankan
    - Rekod koresponden
    - Slip deposit

#KeluargaMalaysia

#JabatanPenerangan

 

289025106 580569956758627 2347642308652125625 n