MACAU SCAM : MENYAMAR SEBAGAI KENALAN UNTUK MEMPERDAYA MANGSA
Modus Operandi :
1. Scammer akan menghubungi mangsa melalui akaun media sosial, whatsapp atau telegram.
2. Suspek akan menggunakan gambar kenalan mangsa dan menyamar sebagai kenalan mangsa.
3. Suspek akan meminta untuk meminjam wang mangsa bagi tujuan kecemasan (diragut, kemalangan, hutang, bayaran hospital dll).
4. Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun individu yang tidak dikenali.
Jadi, jika kenalan anda tiba-tiba menghubungi anda dan ingin meminjam wang, semak terlebih dahulu. Hubungi kenalan anda di no. telefon yang asal sebelum membuat sebarang transaksi.
Jangan masukkan wang ke akaun bank individu yang tidak dikenali. Pupuk rasa curiga. Semak sebelum bertindak.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM
Jom Klik Dengan Bijak !
#LetsFightScammerTogether
#BeSmartStayAlert
#CCID
#JSJK
#PDRM
#MacauScam
#MenyamarKenalan
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
Anda dinasihatkan agar tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri daripada terpedaya dengan scam.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau merujuk terus kepada CCID di talian 03-2610 1599/1559.
Bersedia untuk majukan kepada pihak bank yang berkenaan berserta salinan laporan polis dan maklumat akaun bank yang terbabit.