WASPADA Pakej Ibadah Korban Palsu yang diiklankan. Orang ramai disarankan untuk menyemak terlebih dahulu sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun tidak. Orang ramai juga boleh menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web "semakmule.rmp.gov.my" untuk transaksi secara dalam talian.

 
 
287668294 408613907964695 3921094443343069002 n
Media sosial adalah medium untuk perkongsian maklumat dan pendapat yang terkini.
Namun begitu, jangan sesekali menggunakan medium ini untuk membincangkan isu sensitif dan menjurus ke arah pergaduhan.
Jaga kesejahteraan dan keharmonian negara dengan menggunakan media sosial secara positif.
 

Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

#KeluargaMalaysia
#JabatanPenerangan

 

286177320 575281037287519 4735521624291006501 n

Kecanggihan teknologi maklumat terutamanya pada era revolusi perindustrian 4.0 yang berteraskan Internet menyebabkan maklumat dapat disebar dan diakses dengan begitu cepat sekali.
Oleh yang demikian, tentukan kesahihan sesuatu maklumat sebelum sebar.
 

Penyebaran berita tidak benar menjatuhkan maruah diri, ramai panik dan mengalami masalah kesihatan mental kerana bimbang berlebihan akibat percaya kepada berita palsu sensasi yang tidak tahu hujung pangkal dari mana datangnya.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

 

WhatsApp Image 2022 06 09 at 2.45.18 PM