Bukan untuk bersosial semata-mata, teknologi digital amat membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. ​

Ia membantu masyarakat dunia untuk menghapuskan kemiskinan, meningkatkan hasil pertanian, membolehkan pesakit di kawasan pedalaman diperiksa dan dirawat oleh pakar kesihatan, mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan, pengurusan air pintar, mengurangkan jurang dalam masyarakat, membuka peluang pekerjaan, menggalakkan perkembangan ekonomi, dan banyak lagi. ​

Semua ini adalah persediaan yang perlu kita lakukan untuk kebahagian dan kesejahteraan generasi akan datang. ​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

 

279000910 360222372810018 119918218981598751 n