SUKUR FOOD INDUSTRIES
Berbekalkan prinsip bahawa peneroka Felda juga boleh berjaya dalam hidup, Sukur Binu tidak menoleh ke belakang, malah menjadikan pengalaman hidup sebagai pengajaran terbaik untuk beliau mendaki puncak kejayaan. Kini, beliau mampu tersenyum bangga kerana hasil usahanya untuk mengubah nasib keluarga mendatangkan kejayaan. Pendapatan bulanan yang diterima melalui Sukur Food Industries yang mengeluarkan produk makanan ringan seperti kerepek pisang, kerepek ubi kayu, kerepek keledek dan lempeng mencecah sehingga RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.
Pada awalnya beliau menerima galakan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk menanam 1,000 batang pokok ubi kayu di belakang rumahnya. Ketika itu harga pasaran ubi kayu boleh mencapai RM2.00 sepokok. Namun ,ubi kayunya tidak dapat dijual apabila kilang di Felda Palong 2 ditutup. Atas nasihat seorang pegawai FELDA, beliau mengikuti kursus membuat kerepek di Johor Baharu. Kemudian beliau menerima bantuan sebanyak RM10,000 melalui Skim Bantuan Pelbagai dan peralatan memasak dari Jabatan Pertanian. Berkat kegigihan yang tidak jemu menyagat ubi kayu sehingga pukul 2.00 pagi tidak sia-sia, kerana produk kerepek Sukur Food Industries menerima permintaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat, malahan sehingga ke Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.
Beliau berharap agar perusahaan yang dibina dengan hasil titik peluhnya diwarisi dan diuruskan oleh anak-anaknya. Buat permulaan, anak sulung beliau yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UITM) bekerja bersama dengannya, sebagai persediaan untuk menerajui perusahaan tersebut pada masa akan datang.
AZILA SRI ANDAMAN
Azila Sri Andaman menyediakan perkhidmatan andaman, fotografi dan kanopi. Terletak berdekatan dengan Pasar Raya Utama, dan dimiliki oleh seorang usahawan muda iaitu Norfazilah Suboh, 27 tahun. Beliau telah memulakan perniagaan pada sekitar tahun 2004 di rumahnya. Kemudian apabila banyak premis perniagaan dibina di Felda Serting Hilir Kompleks, beliau telah menyewa satu ruang perniagaan untuk dijadikan tapak perniagaannya. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja yang merupakan adik-adiknya sendiri. Namun, sekiranya terdapat permintaan yang banyak, beliau akan mengupah beberapa orang penduduk kampung untuk membantunya. Harga pakej pengantin yang dikenakan biasanya bergantung kepada peruntukan pelanggan. Ia meliputi solekan, pelamin, baju pengantin, fotografi dan bunting. Pelanggan beliau datang dari merata tempat seperti Pahang dan Kedah. Walau bagaimanapun, pelanggan perlu membuat tempahan perkhidmatan kira-kira enam bulan dari tarikh perkahwinan. Keistimewaan yang ditawarkan oleh butik pengantin ini ialah semua baju pengantin disewakan dengan harga yang sama. Harga yang dikenakan antara RM1,200 sehingga RM1, 800 mengikut pakej.
MOHD ADLAN ENTERPRISE
Mohd Adlan Bin Abu Talib merupakan juga nama bagi perniagaan beliau telah menceburkan dalam perniagaan sejak tahun 2012. Beliau merupakan golongan OKU yang gigih dan tabah bagi memperolehi pendapatan . Mohd Adlan BinAbu Talib menyediakan perkhidmatan pembersihan kawasan, menjual dan membekalkan kraftangan, menjual baja pertanian. Beliau telah memulakan perniagaan sekitar tahun 2013 di rumahnya. Bermula dengan mengambil upah pembersihan kawasan dari hasil persetujuan dengan pelanggan , hasil pendapatan yang dikumpul digunakan pula untuk perternakan ikan dan menghasilkan kraftangan dan baja pertanian. Perkhidmatan pembersihan kawasan hanya terhad di sekitar serting hilir sahaja. Kepada yang ingin membantu dan menggunakan perkhidmatan pembersihan boleh menghubungi belia bernombor telepon 019-3723657.