Kebelakangan ini jenayah scam kian berleluasa menipu daya masyarakat bagi mendapatkan wang dengan jalan mudah.
Pihak MCMC sentiasa menjalankan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau merujuk terus kepada CCID di talian 03-2610 1599/1559.
CEDOK-CEDOK LIVE, ANDA BERISIKO DI SCAM!
Berhati-hati ketika melakukan pembelian kerana perniagaan berkonsepkan cedok-cedok ini dikhuatiri melibatkan unsur tidak jelas atau ketidakpastian (gharar) dan menyebabkan pelanggan terdedah dengan risiko penipuan dan penganiayaan.
JENAYAH E-DAGANG (TIPU JUAL BELI ONLINE)
Tahukah anda, bahawa jenayah E-Dagang mencatatkan sebanyak 4,637 kes sejak Jan hingga Jun 2022 dengan jumlah kerugian hampir RM60 juta?
Antara trend jenayah E-Dagang kini adalah menawarkan kereta murah dari luar negara, emas dan tawaran kerja dalam talian.
Mangsa biasanya tertarik dengan tawaran harga barangan yang jauh lebih rendah dari pasaran dan kemudiannya diminta membuat pelbagai bayaran secara ansuran. Setelah selesai pembayaran dibuat, mangsa tidak menerima barangan tersebut dan gagal menghubungi suspek.
Maka berhati-hatilah. Membeli dengan bijak. Semak dari pelbagai sudut dan minta pandangan kenalan tentang barangan tersebut.
Sama ada anda adalah pembeli atau penjual secara dalam talian, anda berisiko untuk menjadi mangsa jenayah E-Dagang.
Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
Adakah pembeli sedar mengenai kesahihan maklumat dan keselamatan data peribadi?
Berikut merupakan tips lindungi data peribadi ketika membeli secara dalam talian.
Ramai menjadi mangsa penipuan kerana memuat turun aplikasi daripada URL yang dihantar melalui SMS atau WhatsApp.
Jangan terpedaya! Amalkan konsep STAR.