JADILAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB JANGAN SEBAR BERITA PALSU
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
Maklumat yang datang dari satu sumber harus dibandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber yang berlainan lain untuk memastikan faktanya tidak berubah.
Tambahan pula dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) oleh pemberi perkhidmatan dan platform media sosial, sangat kerap maklumat yang kita dapat adalah hasil daripada pilihan yang kita lakukan- Apa yang kita “Like”, “Dislike”, dan “Follow”.
Apabila kita dihidangkan dengan jenis maklumat yang sama, hasilnya kita tidak boleh membuat perbandingan dengan sumber yang lain bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut. Buatlah keputusan berdasarkan maklumat yang sahih sahaja.
Mari kita terapkan adab dan tatasusila yang baik ketika berkomunikasi di media sosial bagi menjaga keharmonian sesama kita.
#klikdenganbijak
#malaysiaictvolunteer