Tip Menilai Maklumat
Sumber
Adakah sumber itu boleh dipercayai? Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut? Adakah sumber tersebut telah dikemas kini baru-baru ini?
Faham
Fahamkan dan pastikan kejelasannya- Apakah topik yang dibincangkan? Cari fakta, bukan pendapat atau pengalaman semata-mata. Adakah ianya secara mendalam atau ringkas? Kenapa pengarang memulakan topik tersebut? Apa yang mahu dicapai melalui bahan tersebut?
Selidik
Buat carian lebih mendalam- Periksa dan bandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber berlainan.
Menilai
Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama. Lihat dari sudut berbeza.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.