Berikut merupakan kesedaran keselamatan siber dalam kemas kini perisian keselamatan.
 
Gunakan media sosial secara positif dan beretika.
Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.
 
Jom @klikdenganbijak !
 
WASPADA DENGAN TAWARAN 'TOO GOOD TO BE TRUE'
 
Jangan mudah percaya pada sebarang tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.
Antara modus operandi scammer untuk memancing mangsa adalah dengan mengumpan mangsa dengan tawaran yang lumayan, murah dan menguntungkan.
 
Scammer kemudian akan mendesak mangsa untuk segera membuat bayaran dengan pelbagai alasan seperti peluang hanya sekali, jika lambat akan terlepas serta pelbagai alasan lain sehingga mangsa tersedar telah ditipu.
 
Jadi, berhati-hati! Jangan cepat percaya pada tawaran 'too good to be true' kerana anda mungkin adalah mangsa penipuan scammer.
Follow dan like FB JSJK PDRM dan Cyber Crime Alert untuk mengetahui modus operandi jenayah penipuan terkini.
 
Pernahkah anda menerima tawaran kerja sambilan sebagai ejen dalam talian yang memerlukan anda membuat bayaran barangan dan dijanjikan pulangan wang bersama komisen yang lumayan??
 
HATI-HATI !!
Anda mungkin akan tertipu!
Jom baca modus operandi mereka di bawah.
Pengguna Bijak,
Scammer dielak! 
 
Orang ramai diingatkan agar tidak menekan mana-mana pautan yang dihantar melalui sms, Whatsapp atau messenger yang meminta memuat turun aplikasi palsu atau tidak sah yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian maklumat perbankan dan wang akaun bank mangsa.