MACAU SCAM : MENYAMAR SEBAGAI KENALAN UNTUK MEMPERDAYA MANGSA

Modus Operandi :

1. Scammer akan menghubungi mangsa melalui akaun media sosial, whatsapp atau telegram.

2. Suspek akan menggunakan gambar kenalan mangsa dan menyamar sebagai kenalan mangsa.

3. Suspek akan meminta untuk meminjam wang mangsa bagi tujuan kecemasan (diragut, kemalangan, hutang, bayaran hospital dll).

4. Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun individu yang tidak dikenali.

Jadi, jika kenalan anda tiba-tiba menghubungi anda dan ingin meminjam wang, semak terlebih dahulu. Hubungi kenalan anda di no. telefon yang asal sebelum membuat sebarang transaksi.

Jangan masukkan wang ke akaun bank individu yang tidak dikenali. Pupuk rasa curiga. Semak sebelum bertindak.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Jom Klik Dengan Bijak !

#LetsFightScammerTogether
#BeSmartStayAlert
#CCID
#JSJK
#PDRM
#MacauScam
#MenyamarKenalan
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer

 

296680054 422141243284797 2069450290990611629 n