Jom kenali taktik penipuan ‘love scam’ yang digunakan untuk menjerat mangsanya.
Jom kita kenali ciri-ciri Skim Cepat Kaya.
MENYAMAR KENALAN
Jika anda tiba-tiba dihubungi oleh kenalan lama, saudara, rakan sekerja atau majikan meminta untuk pinjam wang anda. HATI-HATI!
Mungkin itu adalah scammer yang menyamar sebagai kenalan anda. Scammer biasanya akan menghubungi mangsa menggunakan whatsapp dari nombor lain atau melalui akaun telegram kenalan anda yang telah digodam.
Ambil langkah berikut :-
1. Hubungi kenalan anda menggunakan nombor telefon yang anda simpan.
2. Jika tidak berjawab, tinggalkan pesanan kepada nombor asal.
3. Semak lama sosial rakan anda (FB/IG) untuk melihat sama ada rakan anda ada memaklumkan bahawa akaun mereka telah digodam atau menafikan ingin meminjam wang.
4. Jika rakan (scammer) meminta memasukkan wang ke akaun bank atas nama individu lain. ABAIKAN.
Hati-hati dengan laman web perbankan internet yang palsu!
Pihak MCMC telah menyediakan platform bagi memudahkan proses bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan berunsur 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan yang lain.
Sila laporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R kepada kami di nombor dan emel yang tertera.