Elakkan menggunakan maklumat peribadi anda sebagai kata laluan, RISIKO KECURIAN DATA ADALAH TINGGI. Jika perlu, ubah kepada kata laluan yang lebih selamat.
 
Subjek data berhak untuk membetulkan data peribadi yang telah diproses.
 
Jika terdapat organisasi atau individu yang memegang data peribadi anda, maka anda boleh meminta mereka untuk mengesahkan hal ini. Mereka mestilah memberitahu anda tujuan mereka memegang data peribadi tersebut.
 
AWAS SCAMMER GUNA WANG PALSU!
 
Hati-hati bila berurusan secara COD,
Mana lah tahu anda mungkin ditipu Scammer apabila wang yang diterima itu adalah wang palsu.
Sentiasalah berwaspada.
 
Jangan beri Scammer peluang!
 
 
TUTUP PANGGILAN SEGERA JIKA ANDA CURIGA!
Jom kenali taktik panggilan daripada scammer. Semoga bermanfaat kepada semua.
 
Apa yang anda boleh lakukan untuk pastikan data peribadi anda yang dikongsikan dalam transaksi komersial adalah selamat daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?