Nilai kualiti maklumat yang dicari. Abaikan maklumat yang menyentuh isu sensitif dan menyebabkan rasa kurang senang pihak lain.
 
Tentusahkan sesuatu maklumat sebelum berkongsi. Fahamkan maklumat tersebut serta semak fakta dan kandungannya.
 
Kebelakangan ini, jumlah mangsa kes penipuan scammer dilihat semakin membimbangkan.
 
Jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.
 
Jadilah pengguna Internet yang produktif untuk kehidupan yang luar biasa. Lengkapkan diri dengan kemahiran celik media dan maklumat digital.
 
Hentikan penyebaran kenyataan berunsur negatif yang boleh mengancam keamanan negara demi kepentingan bersama.