MENYAMAR KENALAN
Jika anda tiba-tiba dihubungi oleh kenalan lama, saudara, rakan sekerja atau majikan meminta untuk pinjam wang anda. HATI-HATI!
Mungkin itu adalah scammer yang menyamar sebagai kenalan anda. Scammer biasanya akan menghubungi mangsa menggunakan whatsapp dari nombor lain atau melalui akaun telegram kenalan anda yang telah digodam.
Ambil langkah berikut :-
1. Hubungi kenalan anda menggunakan nombor telefon yang anda simpan.
2. Jika tidak berjawab, tinggalkan pesanan kepada nombor asal.
3. Semak lama sosial rakan anda (FB/IG) untuk melihat sama ada rakan anda ada memaklumkan bahawa akaun mereka telah digodam atau menafikan ingin meminjam wang.
4. Jika rakan (scammer) meminta memasukkan wang ke akaun bank atas nama individu lain. ABAIKAN.