MICROSOFT OFFICE, CANVA DLL SERTA SELOK BELOK INTERNET
Nama | : Premila A/P Ponchanan |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Pn. Premila merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau telah menetap di Felda Serting Hilir sejak kecil sehinggalah sekarang. Beliau kini merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak. Semenjak pandemik COVID-19, pembelajaran secara atas talian telah menjadi norma baharu di mana pelajar-pelajar daripada semua peringkat umur dikehendaki mengikuti kelas dan memperoleh bahan pembelajaran secara atas talian. Kerja-kerja sekolah juga harus dibuat menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, dan sebagainya. Oleh sebab itu, Pn. Premila mengambil inisiatif untuk menyertai program dan latihan yang dijalankan oleh PEDi Felda Serting Hilir 1 demi membantu proses pembelajaran anak-anaknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau lebih cenderung untuk membantu anak-anaknya melakukan kerja sekolah dan pencarian maklumat secara tradisional yang menyebabkan banyak kerja sekolah tertangguh dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Maklumat yang diperoleh juga terhad. Beliau juga kurang mahir untuk menggunakan teknologi seperti komputer dan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak menjadi ahli PEDi Felda Serting Hilir 1, beliau menunjukkan minat yang mendalam tentang ICT. Banyak ilmu yang beliau pelajari di PEDi di manfaatkan dalam kehidupan hariannya terutamanya dalam bidang ICT. Beliau banyak melibatkan diri dalam program ICT anjuran PEDi. Antaranya adalah Kelas Asas Microsoft Office dan Kelas Asas Canva. Kini, beliau sudah boleh membantu anak-anak beliau menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, dan aplikasi Canva untuk membuat kerjakerja sekolah dan mencari maklumat di internet.
_______________________________________________________________________________________
PERNIAGAAN BERASASKAN ANEKA BISKUT
Nama | : Mohd Hafizul Bin A Samdi |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
En. Mohd Hafizul merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau mula berjinakjinak dalam dunia perniagaan apabila menerima maklum balas yang positif daripada keluarga dan rakan-rakan terhadap biskut-biskut yang dihasilkan beliau. Dari sinilah tercetusnya idea untuk beliau memulakan perniagaan berasaskan aneka biskut. Pada mulanya, beliau hanya menjual biskut-biskut buatan beliau dalam skala yang kecil di tempat kerja. Kini, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau di mana beliau juga telah menerima tempahan berskala besar. Beliau turut aktif memasarkan perniagaan beliau secara dalam talian di media sosial beliau seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga banyak menggunakan perkhidmatan PEDi untuk memasarkan perniagaan beliau seperti penggunaan PC, internet dan perkhidmatan mencetak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1, aktiviti perniagaan beliau hanya terhad kepada penjualan kecil-kecilan di tempat kerja sahaja, beliau tidak mempromosikan jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PEDi banyak membantu beliau dengan menawarkan perkhidmatan pencetakan serta penghasilan poster promosi jualan yang menarik. Pihak PEDi juga turut membantu beliau dalam aspek promosi dan hebahan kepada komuniti setempat serta media sosial yang berkaitan. Selain itu, Pihak PEDi juga banyak membantu dalam permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara bersemuka dan dalam talian.
_______________________________________________________________________________________
MENJALANKAN PERNIAGAAN BERASASKAN TANAMAN BERBUAH DAN ANAK POKOK
Nama | : Rusli bin Yaakob |
Umur | : 53 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En.Rusli merupakan peneroka Felda Serting Hilir 4. Perniagaan beliau bermula dengan minat yang mendalam terhadap tanaman dan pertanian. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, beliau mula memasarkan perniagaan beliau secara dalam talian di media sosial beliau seperti Tiktok dan Whatsapp. Beliau juga banyak menggunakan perkhidmatan PEDi untuk memasarkan perniagaan beliau seperti penggunaan PC, internet dan perkhidmatan mencetak. Kini, beliau telah dapat pelbagai bantuan dan kebenaran penggunaan tanah untuk mengusahakan pelbagai tanaman seperti anak-anak pokok daun iaitu pokok bidara, pokok epal dan pokok rambutan. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai hasil tanaman seperti cili api, pisang dan petai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1, aktiviti perniagaan beliau berlangsung seperti biasa. Beliau lebih memberi perhatian kepada aktiviti penanaman beliau dan pembelian hanya tertumpu kepada komuniti setempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PEDi banyak membantu beliau dengan mempromosikan hasil tanaman beliau kepada komuniti setempat dan kawasan berhampiran melalui hebahan melalui Whatsapp dan Facebook. Selain daripada itu, Pihak PEDi juga banyak membantu tentang permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara personal. Kini, beliau telah mula berkecimpung dalam aplikasi Tiktok dan banyak mengemaskini aktiviti pertanian beliau dalam aplikasi tersebut.
_______________________________________________________________________________________
PERNIAGAAN BERASASKAN PAU KUKUS, AYAM GORENG DAN ANEKA PENCUCI MULUT
Nama | : Emy Marlina binti Mat Piah |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn. Emy merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 3. Walaupun tergolong dalam golongan orang kelainan upaya (OKU), ianya bukanlah halangan untuk beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan. Berlatar-belakangkan keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri, Pn. Emy turut terinspirasi untuk memulakan perniagaannya sendiri. Pada mulanya beliau hanya menjual pau kukus dan ayam goreng sahaja, namun kini perniagaan beliau telah berkembang kepada penjualan pencuci mulut seperti aneka minuman dan aiskrim juga. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, beliau mula memasarkan perniagaan beliau secara dalam talian di media sosial beliau seperti Fcebook dan Whatsapp. Beliau juga banyak menggunakan perkhidmatan PEDi untuk memasarkan perniagaan beliau seperti penggunaan PC, internet dan perkhidmatan mencetak. Kini, gerai beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau juga telah memulakan perkhidmatan delivery ke rumah-rumah sekitar kawasan Felda Serting Hilir Kompleks.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1, aktiviti perniagaan beliau berlangsung secara fizikal sahaja, tiada promosi di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PEDi banyak membantu beliau dalam mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti setempat dan kawasan berhampiran melalui hebahan melalui Whatsapp dan Facebook. Selain itu, Pihak PEDi juga banyak membantu tentang permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara personal. Kini, beliau telah mula berkecimpung dalam aplikasi Facebook dan banyak mengemaskini perihal berkaitan perniagaan beliau dalam aplikasi tersebut.
_______________________________________________________________________________________
MICROSOFT OFFICE, GOOGLE FORM, CANVA DLL SERTA SELOK BELOK INTERNET
Nama | : Mohd Hafizul Bin A Samdi |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
En. Hafizul adalah merupakan anak jati peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau menamatkan persekolahan beliau di SMK Serting Hilir Kompleks pada 2021 dengan keputusan yang baik. Selama beliau berada di alam persekolahan, beliau sering hadir ke PEDi untuk membuat kerja sekolah dan mencari maklumat. Setelah tamat SPM, beliau aktif menyertai program dan latihan yang dijalankan oleh PEDi Felda Serting Hilir 1.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau lebih cenderung untuk melakukan kerja sekolah dan pencarian maklumat secara tradisional yang menyebabkan banyak kerja sekolah tertangguh dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Maklumat yang diperoleh juga terhad. Beliau juga kurang mahir untuk menggunakan teknologi seperti komputer dan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya PEDi Felda Serting Hilir 1, beliau menunjukkan minat yang mendalam tentang ICT. Banyak ilmu yang beliau pelajari di PEDi di manfaatkan dalam kehidupan hariannya terutamanya dalam bidang ICT dan peningkatan skill serta pengetahuan. Beliau juga telah mula melibatkan diri dalam program ICT anjuran PEDi. Antaranya adalah Kelas Asas Microsoft Office dan Kelas Teknik Membuat Resume Yang Berkesan.Kini, beliau telah mula bergiat aktif dalam kelas-kelas keusahawanan memandangkan beliau sudah memulakan pekerjaan sebagai barista di sebuah kafe.
_______________________________________________________________________________________