MICROSOFT OFFICE - WORD EXCEL POWERPOINT DLL
Nama | : Nadiah Fasiha Binti Zainuddin |
Umur | : 23 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Saya nadia merupakan seorang pelajar yang tidak mahir menggunakan perisian teknologi. Justeru dengan adanya Pusat Internet (PI) ia memberikan saya satu kemudahan dan prasarana yang lengkap serta capaian internet yang memuaskan hati saya untuk berkunjung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini tidak mahir menggunakan Microsoft Office dan juga penggunaan internet kerana tiada keyakinan dalam diri untuk menggunakan perisian terkini dan sukar mendapatkan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli pusat internet dan mengikuti pelbagai aktiviti – aktiviti kelas ICT yang diadakan , kini penggunaan Microsoft Office dengan pelbagai version mengikut peredaran semasa dan capaian internet lebih memuaskan hati saya dalam menyempurnakan sesuatu urusan dan lebih yakin . Dengan tunjuk ajar dan penerang daripada mengikuti aktiviti-aktiviti ia dapat memberikan saya pengetahuan dengan perisian versi baru. Lebih memuaskan hati apabila capaian internetnya yang amat memudahkan dalam melayari akaun blog , facebook, tweeter dan whatsapp web dan lain-lain aplikasi.
_______________________________________________________________________________________
AGENT DROPSHIP FULLTIME
Nama | : Suhana Binti Azimi |
Umur | : 23 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Suhana merupakan pelajar IPTA yang sedang cuti semester . Dengan waktu yang terluang saya mengisi waktu dengan aktiviti yang berfaedah . Salah satu yang saya ceburi ialah berniaga secara agent dropship untuk menimba pengalaman serta menambah sumber pendapatan . Signal komunikasi agak sukar dan data internet phone di sekitar rumah saya pula amat perlahan di sekitar felda serting hilir ini. Oleh itu, saya mula datang ke Pusat Internet Felda Sering Hilir 1 ini untuk menyiapkan tugasan mengemaskini promosi serta menyemak transaksi online bank.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini saya tidak menggunakan banyak perisian terkini dan sukar untuk muat turun bahan seperti video, teks rujukan dan lain-lain lagi yang disebabkan masalah capaian internet dan juga capaian data internet handphone.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengetahui adanya pusat internet di kawasan Felda Serting Hilir , saya telah mencuba capaian internetnya dan amat memuaskan hati saya kerana memudahkan segala urusan saya dalam perniagaan online dropship ini. Petugas turut memberi bantuan sekiranya saya mengalami kesulitan dan menambahbaik strategic pemasaran saya dari masa ke semasa seiring dengan penggunaan perisian secara online.
_______________________________________________________________________________________
USAHAWAN KECANTIKAN LA'JOIST
Nama | : Nur Nabila Izzati Binti Azhari |
Umur | : 22 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Nur Nabila Izzati sering mengambil bahagian dalam aktiviti di Pusat Internet Felda Serting Hilir 1. Banyak yang saya pelajari di pusat internet tentang ICT dan lain-lain lagi. Kini ibubapa saya telah membuka spa kecantikan dibawah naungan MARA dan saya serta adik saya berkerja dibawah perniagaan ibubapa saya untuk memajukan spa tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum saya menggunakan kaedah ICT ini, saya telah memperomosikan barangan yang dibekalkan dengan kaedah banner dan banting yang telah disediakan oleh ibubapa saya . Di samping itu juga saya turut mencuba kaedah ICT yang telah saya pelajari di Pusat Internet Felda Sertign Hilir dalam mengebangkan promosi-promosi spa kecantikan ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak saya menggunakan ilmu yang telah dipelajari di Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 , promosi yang dilakukan secara online ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan perniagaan spa kecantikan ini. Saya telah diberikan tugasan untuk mempromosikan barang-barang spa melalui media sosial & online.
_______________________________________________________________________________________
USAHAWAN MUSLIMAH
Nama | : Nur Nadiah Irdina Binti Azhari |
Umur | : 22 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Semasa di bangku sekolah lagi, saya sering menyertai aktiviti di Pusat Internet (PI) Felda Serting Hilir 1. Kakak saya rajin mengajak saya untuk turut serta dalam aktiviti kelas ICT pusat internet. Saya mula mengenali Pusat Internet pada umur 17 tahun samasa di tingkatan 5. Banyak kelas – kelas ICT yang saya sertai di Pusat Internet (PI). Selepas menamat pengajian, setelah menamatkan pengajian saya memulakan untuk mencari pengalaman berkerja dan berdikari dalam rutin kehidupan. Alhamdullillah, saya mendapat kerja di kilang membuat sarung tangan getah di seremban. Selama 6 bulan saya bekerja sehinggalah pada suatu hari, ibu memberitahu saya yang hasratnya untuk membuka sebuah Spa kecantikan. Saya berhenti kerja di kilang tersebut dan bersama – sama ibu saya menghadiri kursus – kursus kecantikan dibawah tajaan MARA. Selepas habis semua kursus – kursus kecantikan yang di arahkan oleh pihak MARA, sekarang saya bekerja sepenuh masa menjayakan perniagan Spa Kecantikan Muslimah oleh ibu dan ayah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum saya menggunakan kaedah ICT ini, saya telah memperomosikan barangan yang dibekalkan dengan fokus pada premis perniagaan sahaja . Di samping itu juga saya turut mencuba kaedah ICT yang telah saya pelajari di Pusat Internet (PI) Felda Sertign Hilir dalam mengebangkan promosi-promosi spa kecantikan ini pada platfom online media sosial tertentu sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal penglibatan di media sosial, banyak orang bertanya. Tetapi lama – kelamaan, seorang demi seorang hadir di Spa saya untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Hasil sambutan yang saya dapat di media sosial turut memberangsangkan perniagaan spa ini.
_______________________________________________________________________________________
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Zakaria @ Lokman Bin Othman |
Umur | : 68 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En. Lutfi merupakan seorang anak peneroka tidak mahir dalam teknologi masa kini. Pertama kalinya beliau tertarik dan berkunjung ke Pusat Internet (PI). Beliau juga telah melibatkan diri dalam kelas Asas Microsoft Word dan kerap mengambil bahagian kelas-kelas ICT yang telah diadakan di Pusat Internet (PI) Felda Serting Hilir 1
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dahulunya beliau tidak terdedah dengan ICT ini sehinggalah dengan peredaran masa kini dengan teknologi canggih seperti phone android juga turut menjadi impak kepada dirinya untuk memberanikan diri mempelajari dan mengguna pakai teknologi yang ada untuk kemudahan diri. Dengan adanya Pusat Internet (PI) Felda Serting Hilir 1 ditubuhkan, beliau sering kali mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas pusat internet. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) Felda Serting Hilir 1.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Banyak yang telah beliau manfaatkan setelah melibatkan diri dengan teknologi masa kini dan amat bermanfaat capaian internet kepada beliau. Kini beliau telah memiliki phone android dan laptop persendirian untuk memudahkan beliaun melakukan kerja dan capaian internet pada bila-bila masa. Beliau juga sentiasa memberikan maklumat untuk memudahkan aktiviti seharian.
_______________________________________________________________________________________