MENJALANKAN PERNIAGAAN BERASASKAN BARANG VIRAL IBU & BAYI
Nama | : Nor Aznina Binti Ramli |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2021 |
Latar belakang
Pn.Aznina merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 2. Perniagaan beliau bermula dengan menyertai program dropship sebelum menjadi reseller bagi barangan berasaskan ibu dan bayi. Beliau berniaga secara atas talian di media social beliau seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga pernah menyertai banyak kelas-kelas keusahawanan di PEDi Felda Serting Hilir 1.Kini, beliau telah membuka kedai di aplikasi Shopee dan dapat menjana pendapatan yang lebih dengan mempelbagaikan produk di kedai shopee beliau seperti tudung dan aksesori wanita.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1, aktiviti perniagaan beliau berlangsung seperti biasa. Beliau lebih memberi perhatian kepada program dropship yang disertai beliau dan perniagaan dijalankan pada waktu lapang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PEDi banyak membantu beliau dengan menambahkan dan meluaskan perniagaannya dengan membantu beliau dalam membuka kedai di aplikasi Shopee. Pihak PEDi juga telah membantu beliau dalam aspek promosi dan hebahan kepada komuniti setempat serta media sosial yang berkaitan. Selain daripada itu, Pihak PEDi juga banyak membantu tentang permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara personal secara bersemuka mahupun atas talian.
_______________________________________________________________________________________