MICROSOFT OFFICE, CANVA DLL SERTA SELOK BELOK INTERNET
Nama | : Premila A/P Ponchanan |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Pn. Premila merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau telah menetap di Felda Serting Hilir sejak kecil sehinggalah sekarang. Beliau kini merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak. Semenjak pandemik COVID-19, pembelajaran secara atas talian telah menjadi norma baharu di mana pelajar-pelajar daripada semua peringkat umur dikehendaki mengikuti kelas dan memperoleh bahan pembelajaran secara atas talian. Kerja-kerja sekolah juga harus dibuat menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, dan sebagainya. Oleh sebab itu, Pn. Premila mengambil inisiatif untuk menyertai program dan latihan yang dijalankan oleh PEDi Felda Serting Hilir 1 demi membantu proses pembelajaran anak-anaknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau lebih cenderung untuk membantu anak-anaknya melakukan kerja sekolah dan pencarian maklumat secara tradisional yang menyebabkan banyak kerja sekolah tertangguh dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Maklumat yang diperoleh juga terhad. Beliau juga kurang mahir untuk menggunakan teknologi seperti komputer dan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak menjadi ahli PEDi Felda Serting Hilir 1, beliau menunjukkan minat yang mendalam tentang ICT. Banyak ilmu yang beliau pelajari di PEDi di manfaatkan dalam kehidupan hariannya terutamanya dalam bidang ICT. Beliau banyak melibatkan diri dalam program ICT anjuran PEDi. Antaranya adalah Kelas Asas Microsoft Office dan Kelas Asas Canva. Kini, beliau sudah boleh membantu anak-anak beliau menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, dan aplikasi Canva untuk membuat kerjakerja sekolah dan mencari maklumat di internet.
_______________________________________________________________________________________