PERNIAGAAN BERASASKAN ANEKA BISKUT
Nama | : Mohd Hafizul Bin A Samdi |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
En. Mohd Hafizul merupakan anak peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau mula berjinakjinak dalam dunia perniagaan apabila menerima maklum balas yang positif daripada keluarga dan rakan-rakan terhadap biskut-biskut yang dihasilkan beliau. Dari sinilah tercetusnya idea untuk beliau memulakan perniagaan berasaskan aneka biskut. Pada mulanya, beliau hanya menjual biskut-biskut buatan beliau dalam skala yang kecil di tempat kerja. Kini, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau di mana beliau juga telah menerima tempahan berskala besar. Beliau turut aktif memasarkan perniagaan beliau secara dalam talian di media sosial beliau seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga banyak menggunakan perkhidmatan PEDi untuk memasarkan perniagaan beliau seperti penggunaan PC, internet dan perkhidmatan mencetak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1, aktiviti perniagaan beliau hanya terhad kepada penjualan kecil-kecilan di tempat kerja sahaja, beliau tidak mempromosikan jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PEDi banyak membantu beliau dengan menawarkan perkhidmatan pencetakan serta penghasilan poster promosi jualan yang menarik. Pihak PEDi juga turut membantu beliau dalam aspek promosi dan hebahan kepada komuniti setempat serta media sosial yang berkaitan. Selain itu, Pihak PEDi juga banyak membantu dalam permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara bersemuka dan dalam talian.
_______________________________________________________________________________________