WASPADA DENGAN TAWARAN 'TOO GOOD TO BE TRUE'
 
Jangan mudah percaya pada sebarang tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.
Antara modus operandi scammer untuk memancing mangsa adalah dengan mengumpan mangsa dengan tawaran yang lumayan, murah dan menguntungkan.
 
Scammer kemudian akan mendesak mangsa untuk segera membuat bayaran dengan pelbagai alasan seperti peluang hanya sekali, jika lambat akan terlepas serta pelbagai alasan lain sehingga mangsa tersedar telah ditipu.
 
Jadi, berhati-hati! Jangan cepat percaya pada tawaran 'too good to be true' kerana anda mungkin adalah mangsa penipuan scammer.
Follow dan like FB JSJK PDRM dan Cyber Crime Alert untuk mengetahui modus operandi jenayah penipuan terkini.