Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 108 kes.

Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.

Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

1005 02

Terkini #covid19malaysia 9 Mei

Kes sembuh= 65
Jumlah sembuh= 4,929
Kes positif= 54
Jumlah positif= 6,589
Kes kematian= 1
Jumlah kematian=108

Satu kluster baharu dikesan melibatkan warga pekerja di sebuah kilang Pedas, Negeri Sembilan.

Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring untuk COVID-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan.

Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu:
• 25 kes warga Nepal;
• 18 kes warga Bangladesh;
• Lapan (8) kes warga Indonesia; dan
• Dua (2) kes warga Myanmar.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0905 05

Sehingga 08 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 53 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 653 KES. Dari jumlah kes baru tersebut, sebanyak 52 KES merupakan kes dari KLUSTER PEDAS.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN, 59 KES dari Kluster Pedas dan 53 KES dari Kluster Rembau.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0905 04

0905 04 02