Satu kluster baharu dikesan melibatkan warga pekerja di sebuah kilang Pedas, Negeri Sembilan.

Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring untuk COVID-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan.

Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu:
• 25 kes warga Nepal;
• 18 kes warga Bangladesh;
• Lapan (8) kes warga Indonesia; dan
• Dua (2) kes warga Myanmar.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0905 05