Sehingga 07 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 600 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak LAPAN (8) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN, 53 KES dari Kluster Rembau, dan 7 KES dari Kluster Pedas.

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 7 Mei 2020.

Semalam juga menyaksikan dua kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi dan Kluster Warga Emas, kedua-duanya di negeri Selangor.

Ringkasan #COVID19Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 07 Mei 2020.

Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,467 kes dengan kadar kesembuhan 73.85% bersamaan 4,776 kes dan kadar kematian 1.65% atau 107 kes kematian.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0805 01

0805 01 02

0805 01 03

Sila pastikan kod QR anda dapat dijana sebelum memulakan perjalanan rentas negeri bermula esok sehingga 10 Mei depan. 

Selain bertujuan memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat penyeliaan pergerakan anda, kod QR juga boleh menghasilkan data yang akan membantu PDRM mengesan kontak apabila berlakunya jangkitan wabak COVID-19 sewaktu orang ramai membuat pergerakan.