Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 08 Mei 2020.

Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 68 kes. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 88 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,864 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,564 orang . Seramai 18 orang daripadanya di rawat di ICU (7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

0905 01

0905 01 03