Kebelakangan ini, jumlah mangsa kes penipuan scammer dilihat semakin membimbangkan.
 
Jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.