AWAS! JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Memang seronok kalau ditawarkan pekerjaan asas yang mudah beserta gaji yang banyak, tetapi anda perlu lebih berhati-hati kerana pekerjaan yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, biasanya bukan pekerjaan sebenar.
Semak dan laporkan kepada pihak penguatkuasa. hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Sekiranya anda telah menjadi mangsa kes penipuan kewangan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera untuk bantuan selanjutnya.
PIDM hanya melindungi simpanan bank anda jika bank ahli muflis.
 
Sumber: FEN
 
Kita perlu bertindak cepat untuk menangkap scammer!
Semakin cepat anda hubungi bank atau NSRC selepas anda dapat tahu anda ditipu, semakin tinggi peluang untuk mencegah lebih banyak kerugian akibat scammer.
 
Ikuti Facebook Amaran Scam untuk dapatkan tip-tip elak scam: https://www.facebook.com/amaranpenipuan/
 
Password atau kata laluan adalah benteng pertahanan pertama dalam usaha melindungi dari ancaman siber.
 
Menggunakan kata laluan yang sama pada setiap aplikasi Internet termasuk emel akan mendedahkan anda kepada risiko di mana penjenayah siber akan mudah untuk menceroboh dan mencuri maklumat peribadi anda.
 
Maka, bina kata laluan yang kukuh; jangan berkongsi kata laluan dengan sesiapa jua; dan ganti kata laluan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
 
Dengan memiliki kata laluan yang berbeza, anda dapat mengelakkan dari pencerobohan serta kecurian maklumat.
 
Henti dan Fikir!
Sindiket penipuan pekerjaan memperdaya mangsa melalui iklan kerja part-time di media sosial.
 
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Digital