Tarikh

Masa 

Lokasi

Peserta

: 26 September 2017

: 9:30 petang - 2:00 petang

: Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 

: 20 Orang

 

Tujuan 

Program ini bertujuan memberikan kesedaran tentang kewujudan aplikasi dashboard kepada komuniti

 

Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan tentang Klik Dengan Bijak , memberikan taklimat e-waste dan penerangan portal sebenar.my. Keutamaan diberikan penerangan tentang aplikasi dashboard , cara dan fungsi penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat. Selain itu juga peserta turut diberikan tunjuk ajar menggunakan bahagian dashboardyang terdiri iaitu My Comunity , My Place, My Shop & MyHealth .

 

Gambar Disini 

 _______________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh

Masa 

Lokasi

Peserta

: 18 Ogos 2017

: 3:00 petang - 5:30 petang

: Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 

: 10 Orang

 

Tujuan 

Bengkel penyuntingan audio ini telah melibatkan 10 orang peserta dengan bertujuan mengajar penyuntingan dan convert audio muzik dan memberikan pengetahuan ICT untuk menghasilkan sesuatu kerja multimedia.

 

Aktiviti 

Peserta diajarkan dengan menggunakan perisian penyuntingan audio untuk mengubah , menambah mahupun membuang rentak muzik audio . Para peserta diberikan pengetahuan muat naik ( Upload ) dan muat turun (Download) melalui internet.  Selain itu juga peserta diberikan praktikal untuk lebih mudah faham pengendalian perisian penyuntingan ini. 

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________

 

rsz 104845

Tarikh

Masa 

Lokasi

Peserta

: 11 Ogos 2017

: 3:00 petang - 5:30 petang

: Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 

: 11 Orang

 

Tujuan 

Seramai 11 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang merupakan penduduk setempat Felda Serting Hilir . Bengkel ini bertujuan untuk meningkat pengetahuan dalam ICT untuk menghasilkan Font( Tulisan)   Animasi yang menarik dengan kesan-kesan pergerakkan.

 Aktiviti 

Peserta diberikan modul tunjuk ajar dalam penghasilan tulisan pergerakan  animasi . Disamping itu juga peserta turut diberikan praktikal semasa dalam pembelajaran modul tersebut Peserta diberikan latihan untuk  menghasilkan kreativiti sendiri mengikut idea masing-masing.

 

Gambar Disini

________________________________________________________________________________________

 

Tarikh

Masa 

Lokasi

Peserta

: 19 Ogos 2017

: 3:00 petang - 5:30 petang

: Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 

: 10 Orang

 

Tujuan 

Para peserta yang telah mengikuti bengkel Klik Dengan Bijak ini seramai 10 orang yang terdiri dikalangan pelajar sekolah . Tujuan ia diadakan untuk memberikan pengetahuan tunjuk ajar dan memanfaatkan masa semasa melayari internet dengan pembelajaran online . 

 

Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan  modul 'Klik Dengan Bijak' semasa melayari internet dan melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Selain daripada itu, para peserta diberikan pendedahan awal pencegahan dan keselamatan internet.  Peserta turut diberikan praktikal pembelajaran pembelajaran tuisyen online ini untuk dijadikan salah satu kaedah dalam melatih diri semasa berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia.

 

Gambar Disini

 _______________________________________________________________________________________

 

 

 

Tarikh

Masa 

Lokasi

Peserta

: 10 Ogos 2017

: 3:00 petang - 5:30 petang

: Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 

: 12 Orang

  

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar . Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pengetahuan penggunaan Microsoft Office Excel diperingkat awal usia. Pengajaran dan pembelajaran ini lebih mengutamakan struktur lembaran kerja menggunakan  formula pada excel agar ia membuat pengiraan secara automatik apabila di masukkan data.  Ini juga dapat memudahkan dan menjimatkan masa dalam perlaksanaan lembaran kerja yang di lakukan.

 Aktiviti 

Para peserta diajar mengendalikan Asas  Microsoft Office Excel ini mengikut modul yang diberikan. Para peserta juga turut diberikan praktikal dalam memahami teknik-teknik yang telah dipelajari dan melaksanakan latihan yang diberikan pada setiap modul.

 

Gambar Disini

 ______________________________________________________________________________________