Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 10 Ogos 2017 : 3:00 petang - 5:30 petang : Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 : 12 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar . Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pengetahuan penggunaan Microsoft Office Excel diperingkat awal usia. Pengajaran dan pembelajaran ini lebih mengutamakan struktur lembaran kerja menggunakan formula pada excel agar ia membuat pengiraan secara automatik apabila di masukkan data. Ini juga dapat memudahkan dan menjimatkan masa dalam perlaksanaan lembaran kerja yang di lakukan.
Aktiviti
Para peserta diajar mengendalikan Asas Microsoft Office Excel ini mengikut modul yang diberikan. Para peserta juga turut diberikan praktikal dalam memahami teknik-teknik yang telah dipelajari dan melaksanakan latihan yang diberikan pada setiap modul.
______________________________________________________________________________________