Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 24 November 2017 : 10:30 Pagi - 12:30 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 25 Orang |
Tujuan
Bengkel ini disertai 25 orang pelajar Tabika KEMAS Felda Serting Hilir 1. Tujuan ia adalah memberikan pembelajaran IT dan pendedahan pada usia kanak-kanak. Modul powerpoint yang diadakan setiap bulan di peringkat awal usia dengan pembelajaran modul yang telah disediakan. Setiap modul akan dipelajari pada masa berikutnya.
Aktiviti
Kanak-kanak Tabika diajarkan berperingkat peringkat fungsi pada lembaran powerpoint yang disediakan sambil mempraktikkan setiap pergerakkan dan kesan yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak tersebut . Dengan aktiviti ini meningkatkan lagi perkembangan IQ mereka untuk mengenal sebarang objek , huruf, . Ia turut memberikan kemahiran mengawal tetikus dan menaip papan kekunci.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 24 November 2017 : 02:00 Petang - 05:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 8 Orang |
Tujuan
Bengkel ini disertai 8 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah. Ia bertujuan memberikan ilmu pengetahuan powerpoint di peringkat awal usia dengan pembelajaran modul yang telah disediakan. Setiap modul akan dipelajari pada masa berikutnya.
Aktiviti
Peserta diajarkan penggunaan powerpoint untuk penyediaan slide yang ditugaskan oleh pengajar. Sebelum diberikan tugasan tersebut, peserta diberikan tunjuk ajar dan mempraktikkan setiap peserta dengan setiap komputer untuk memudahkan pemahaman pembelajaran. Pelajar juga diajarkan untuk membuat kesan pergerakkan animasi pada slide , menggunakan muzik pada slide dan memasukkan elemen video pada powerpoint.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 07 November 2017 : 02:00 Petang - 05:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 8 Orang |
Tujuan
Program ini dihadiri dengan 8 orang peserta yang sentiasa menggunakan sumber internet . Ia bertujuan memberikan penerangan portal SEBENARNYA.MY 'Tidak Pasti Jangan Kongsi' . Sentiasa periksa maklumat sebelum dikongsi melalui media sosial yang lain seperti whatsapp, facebook, instagram dan sebagainya. Dapatkan maklumat dari sumber yang tepat dan sahih. Melalui portal ini ia dapat mengesahkan kesahihan maklumat .
Aktiviti
Peserta didedehkan keselamatan siber internet dan tidak memberikan sebarang maklumat no.tac, no. akaun bank dan sebagainya dari panggilan telefon mahupun mesej pada pihak yang tidak dikenali. Pelbagai pencegahan awal diberikan taklimat dalam program ini. Peserta juga di nasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tanpa memastikan kesahihan terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan isu mahupun maklumat bolehlah disalurkan pada sebenar.my untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 20 November 2017 : 2:30 Petang - 05:30 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 10 Orang |
Tujuan
Disertai dengan 10 orang peserta pelajar sekolah . Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan tunjuk ajar pengetahuan asas perisian WORD untuk memudahkan sebarang tugasan lembaran kerja seperti membuat surat, resume, laporan dan sebagainya. Dengan perkongsian pengetahuan ini dapat dimanfaatkan oleh setiap individu.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan slot modul yang disediakan MS WORD untuk memberikan setiap fungsi-fungsi peralatan pada lembaran Word tersebut agar ia sesuai untuk digunakan. Setiap peserta akan membuat praktikal pada setiap komputer yang disediakan. Peserta juga turut diuji pemahaman dengan selepas setiap modul yang diberikan.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 20 Oktober 2017 : 09:00 pagi - 12:30 Tengahari : Pusat Internet 1Malaysia Felda Serting Hilir 1 : 12 Orang |
Tujuan
Taklimat ini dihadiri dengan 12 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah . Tujuan penerangan ini diadakan bagi memberikan kesedaran dan mencegah dari sebarang jenayah siber mahupun mangsa penipuan siber internet. Memupuk menggunakan teknologi komputer dan internet ini ke arah niat dan jalan kebaikan dalam mencari sumber pengetahuan.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan slot modul yang disediakan .Peserta didedahkan kesalahan siber yang dilakukan , menjaga keselamatan siber internet dan tidak memberikan sebarang maklumat no.tac bank kepada pihak kedua.
_______________________________________________________________________________________