Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 08 Januari 2018 : 02:00 Petang - 06:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini disertai dengan 10 orang peserta pelajar menengah . Program ini diadakan untuk membantu mereka dan tunjuk ajar yang diberikan dalam membuat lembaran kerja. Dengan aktiviti ICT ini peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan mengisi kekosongan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Peserta juga turut diberikan taklimat klik dengan bijak dalam penggunaan ICT ini.
Aktiviti
Pelajar diberikan tunjuk ajar dalam microsoft word yang lebih mudah dan berkesan. Mereka juga turut diberikan tugasan dalam untuk pemahaman praktikal yang telah diberikan. Disamping itu pelajar diberikan pendedahan untuk aktiviti latihan menaip secara online .
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 08 Januari 2018 : 10:30 Pagi - 12:30 Tengahari : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 25 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini disertai 25 orang pelajar tabika KEMAS. Ia bertujuan memberikan kesesuaian pada awal persekolahan dan menimba ilmu pengetahuan di peringkat awal usia dengan pembelajaran modul yang telah disediakan. Setiap modul akan dipelajari pada masa berikutnya.
Aktiviti
Pada hari suai kenal dan kesesuaian pelajar dengan bilik program pusat internet yang dilengkapi dengan peralatan komputer . Pelajar diajar mengenal dan menyentuh peralatan semasa proses pembelajaran diberikan. Pelajar diberikan hiburan sambil belajar untuk keseronokan mereka dalam pembelajaran .
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 29 Disember 2017 : 09:00 Pagi - 12:30 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 10 Orang |
Tujuan
Seramai 10 orang yang menyertai taklimat ini. Tujuan ia adalah memberikan kesedaran ICT dikalangan pengunjung dalam melayari internet dan langkah pencegahan keselamatan pada setiap individu.
Aktiviti
Pelajar diberikan taklimat slide modul klik dengan bijak " Buli Siber " . Ia memberikan pemahaman ,'apakah yang dianggap pembuli siber' iaitu membuli orang lain diinternet, mengugut, memberi komen dgn niat jahat dan tidak baik serta membuat penyamaran. Selain itu juga menerangkan bentuk pembulian seperti seseorang mengondam akaun atas talian, difitnah ,orang lain memuatnaik video mahupun gambar yang memalukan, diugut atau dipaksa melakukan sesuatu dan menerima mesej biadap. Dengan taklimat penerangan ini kepada pengunjung memberikan lagi gambaran dan pemahaman.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 30 Disember 2017 : 02:30 Petang - 05:30 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 4 Orang |
Tujuan
10 orang belia telah yang menyertai taklimat ini. Ia bertujuan memberikan memberikan tunjuk ajar menghasilkan interaktif pembelajaran dengan mengunakan powerpoint untuk menjadikan kesan audio dan animasi lebih menarik.
Aktiviti
Belia diberikan penerangan dan fungsi menggunakan tool pada powerpoint untuk menghasilkan interaktif powerpoint ditambahkan dengan kesan bunyi dan animasi. Setiap individu diberikan praktikal dan tunjuk ajar semasa berada dalam kelas .
_______________________________________________________________________________________
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 26 Disember 2017 : 09:00 Pagi - 12:30 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 10 Orang |
Tujuan
Seramai 10 orang yang menyertai bengkel ini. Tujuan ia adalah memberikan pembelajaran IT dan pendedahan asas dalam menyunting / design sesuatu rekacipta untuk mendapatkan hasilkan yang menarik . Bengkel ini diadakan dalam menghasilkan lakaran kad perniagaan pada komputer sebelum ia di cetak pada material. Ia juga memupuk minat diperingkat awal kepada para pelajar dalam memberikan kreativiti imiginasi yang menarik.
Aktiviti
Pelajar diberikan tunjuk ajar dalam pemahaman teknik mengolah perisian yang diberikan. Peserta juga perlu menghasilkan sesuatu karya kreativiti masing-masing dalam menghasilkan tugasan yang diberikan. Dengan bengkel ini memberikan lagi ilmu pengetahuan dalam ICT meningkatkan lagi perkembangan IQ mereka untuk lebih kreatif.
_______________________________________________________________________________________