USAHAWAN MUSLIMAH
Nama | : Nur Nadiah Irdina Binti Azhari |
Umur | : 22 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Semasa di bangku sekolah lagi, saya sering menyertai aktiviti di Pusat Internet (PI) Felda Serting Hilir 1. Kakak saya rajin mengajak saya untuk turut serta dalam aktiviti kelas ICT pusat internet. Saya mula mengenali Pusat Internet pada umur 17 tahun samasa di tingkatan 5. Banyak kelas – kelas ICT yang saya sertai di Pusat Internet (PI). Selepas menamat pengajian, setelah menamatkan pengajian saya memulakan untuk mencari pengalaman berkerja dan berdikari dalam rutin kehidupan. Alhamdullillah, saya mendapat kerja di kilang membuat sarung tangan getah di seremban. Selama 6 bulan saya bekerja sehinggalah pada suatu hari, ibu memberitahu saya yang hasratnya untuk membuka sebuah Spa kecantikan. Saya berhenti kerja di kilang tersebut dan bersama – sama ibu saya menghadiri kursus – kursus kecantikan dibawah tajaan MARA. Selepas habis semua kursus – kursus kecantikan yang di arahkan oleh pihak MARA, sekarang saya bekerja sepenuh masa menjayakan perniagan Spa Kecantikan Muslimah oleh ibu dan ayah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum saya menggunakan kaedah ICT ini, saya telah memperomosikan barangan yang dibekalkan dengan fokus pada premis perniagaan sahaja . Di samping itu juga saya turut mencuba kaedah ICT yang telah saya pelajari di Pusat Internet (PI) Felda Sertign Hilir dalam mengebangkan promosi-promosi spa kecantikan ini pada platfom online media sosial tertentu sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal penglibatan di media sosial, banyak orang bertanya. Tetapi lama – kelamaan, seorang demi seorang hadir di Spa saya untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Hasil sambutan yang saya dapat di media sosial turut memberangsangkan perniagaan spa ini.
_______________________________________________________________________________________