Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.


Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.73% diikuti dengan Sepanyol, 8.10% dan Itali, 7.33%.

Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.58%, diikuti dengan Algeria, 14.13% dan Itali iaitu 13.31%

Sehingga 21 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat SATU (1) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 409 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 52 KES dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan adalah sebanyak 77 KES dengan satu (1) kematian.

#COVID19MALAYSIA Statistik terbaru 32 kluster yang aktif (12pm, 21 April)

8 kluster merekodkan kes baharu iaitu Madrasah Sg Salan (8), PUI Itali (5), Persidangan gereja (4), Petugas kesihatan Kuching (2), Selangor Mansion (1), Pusat perubatan di KL (1) dan madrasah Ayer Merbau (1).