Sehingga 21 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat SATU (1) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 409 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 52 KES dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan adalah sebanyak 77 KES dengan satu (1) kematian.