Lebih 2.4 juta dijangkiti #COVID19 di seluruh dunia mengikut statistik terbaru @WHO

32% kes di Amerika Syarikat dan negara asal wabak itu, China, hanya 3.5% kes.

Di Asean, Singapura kes tertinggi manakala Indonesia kematian tertinggi.

[Infografik]

COVID-19: Kes di Malaysia (18 Mac - 20 April 2020) dan Kes Mengikut Negeri, Setakat 12.00 Tengah Hari, 20 April 2020

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA / BERNAMA

Sehingga 20 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat TIGA (3) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 408 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 52 KES adalah dari Kluster Rembau dan 77 KES dengan SATU (1) KEMATIAN dari Kluster Sendayan.

#COVID19Malaysia Statistik terkini kes positif di Malaysia mengikut negeri sehingga 12pm, 20 April.

Negeri-negeri yang tiada kes baharu dalam tempoh 24 jam ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Kes baharu tertinggi 13 di Wilayah Persekutuan Putrajaya.