Sila pastikan kod QR anda dapat dijana sebelum memulakan perjalanan rentas negeri bermula esok sehingga 10 Mei depan. 

Selain bertujuan memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat penyeliaan pergerakan anda, kod QR juga boleh menghasilkan data yang akan membantu PDRM mengesan kontak apabila berlakunya jangkitan wabak COVID-19 sewaktu orang ramai membuat pergerakan.