[ KEMPEN MEMERANGI BERITA PALSU]
Kebebasan bersuara adalah hak untuk seseorang menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi.
TETAPI INGAT! kebebasan bersuara bukanlah tiket hijau untuk anda semua kebebasan untuk menipu dan menyebarkan berita palsu.
Sahkan maklumat yang anda terima di saluran yang sahih dan jika TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI.
#mcmc #tidakpastijangankongsi #perangimaklumatpalsu #sebenarnya.my #pusatinternet
INGATAN MESRA : ADAKAH AKTIVITI MEMANCING DIBENARKAN?
Berikut adalah jawapan dari Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) :
1. Aktiviti memancing di kolam pancing atau di laut adalah TIDAK DIBENARKAN selaras dengan PKP yang telah berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, DOF sedang menyediakan SOP Khas untuk membolehkan aktiviti ini dilaksanakan dengan selamat dan meminimakan risiko kesihatan pemancing-pemancing rekreasi.
2. Aktiviti memancing di tepi pantai/tebing sungai/kuala/tasik yang tidak memerlukan penggunaan bot/sampan adalah DIBENARKAN dengan mematuhi syarat-syarat berikut :
✔️ Mematuhi SOP yang ditetapkan KKM
✔️ Jarak dari rumah tidak lebih 10 km radius
✔️ Jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak pergi secara berkumpulan
✔️ Tempoh masa dari jam 7 pagi - 6 petang
Mahu tidak mahu, kita tidak boleh mengulangi semula proses PKP. Jaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan serta mengamalkan kebersihan pada tahap tertinggi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah kita lakukan sebelum ini bersama.
Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi BILIK GERAKAN PEMANTAUAN KRISIS COVID-19 di talian Hotline 03-8870 1307/ 1663/ 1664 atau emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus
Amalkan kawal selia kendiri dalam talian :-
✅ Sentiasa periksa kesahihan maklumat yang diterima
✅ Lapor kandungan tidak sesuai kepada pentadbir laman web atau media sosial
✅ Berhati-hati apabila berkongsi maklumat, gambar atau video. Elak terlebih kongsi
✅ Elak tindakbalas yang terburu-buru. Fikir sebelum bertindak
✅ Kenalpasti rakan maya anda
✅ Hormatilah pandangan orang lain dan berinteraksi dengan berhemah
Check Your Label
• • • • • •
Gunakan aplikasi "Check Your Label" untuk memastikan kesahihan label MCMC.
Semak maklumat peralatan komunikasi anda dengan memuat turun aplikasi Check Your Label di Apple App Store atau GooglePlay Store.
.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang cyl.mcmc.gov.my
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus