Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 19 Disember 2019 : 09:00 Pagi - 1:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 3 orang |
Tujuan
Memperkenalkan asas penggunaan komputer bagi penggunaan harian. Mengguna MS PowerPoint untuk membuat video dengan menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan.
Aktiviti
Memberikan pengetahuan kepada peserta dengan aplikasi di dalam komputer dan memanfaatkan fungsinya yang lebih baik. Mempelajari menggunakan MS PowerPoint dengan membuat video dengan menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan.
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 16 November 2019 : 09:00 Pagi - 1:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 3 orang |
Tujuan
Seramai 3 orang pelajar telah mengikuti kelas membina karangan menggunakan MS Word ini dalam penyediaan program ICT kepada golongan sasaran. Kelas ICT ini bertujuan memberikan tunjuk ajar pendedahan asas dan meningkatkan lagi pengetahuan penggunaan word supaya ia dapat dimanfaatkan.
Aktiviti
Memperkenalkan perisian MS Word dan mempelajari teknik –teknik membina karangan yang baik menggunakan perisian tersebut.Kemahiran ini dapat memberikan pemahaman kepada peserta dalam mengendalikan MS Word mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 06 November 2019 : 02:30 Petang - 4:30 Petang : Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa : 209 orang |
Tujuan
- Memberi penerangan mengenai bahaya teknologi jika terlalu obsess serta menyedarkan pelajar agar tidak tertipu dengan janji manis di laman sosial. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar mengenai e-sisa/e-Waste.
Aktiviti
- Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah memberi penerangan mengenai keburukkan jika terlalu obsess berkongsi di media sosial serta memberi kesedaran kepada pelajar agar tidak mudah tertipu dengan ayat-ayat manis di laman sosial. Selain daripada itu, fasilisator juga telah memberikan penerangan mengenai e-sisa/e-waste.Para pelajar juga telah didedahkan mengenai langkah yang perlu diambil jika ingin membeli barangan elektronik serta langkah yang perlu diambil jika ingin menentusahkan sesuatu maklumat. Tambahan lagi, fasilisator juga berkesempatan untuk mempromosikan MyFreeView kepada pelajar dan cikgu di SMA Dato’ Haji Mustafa.
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 15 November 2019 : 09:00 Pagi - 1:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 3 orang |
Tujuan
Seramai 3 orang pelajar telah mengikuti kelas ICT dalam penyediaan program ICT kepada golongan sasaran. Kelas ICT ini bertujuan memberikan tunjuk ajar pendedahan asas dan meningkatkan lagi pengetahuan penggunaan komputer (Microsoft Office, Youtube, etc...) supaya ia dapat dimanfaatkan dalam urusan harian. Para pelajar juga telah diberikan quiz pada akhir pembelajaran untuk mengukur tahap kefahaman masing-masing dalam apa yang telah diajarkan.
Aktiviti
Memperkenalkan komponen asas komputer, perisian Microsoft Office dan mempelajari teknik –teknik carian maklumat menggunakan Google dan Youtube. Kemahiran ini dapat memberikan pemahaman kepadapelajar dalam menggunakan teknologi khususnya komputer dan internet secara berhemah.
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 20 Oktober 2019 : 02:00 Petang - 5:00 Petang : Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 : 3 orang |
Tujuan
Seramai 3 orang pelajar telah mengikuti kelas E-learning Menggunakan Quiziz.com ini dalam penyediaan program ICT kepada golongan sasaran . Kelas ICT ini bertujuan memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menggunakan internet sebagai wadah menimba ilmu dan tidak tertumpu kepada pembelajaran di sekolah sahaja.
Aktiviti
Memperkenalkan lpembelajaran menggunakan Quiziz.com supaya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan berjaya di dalam peperiksaan.