SEJARAH FELDA SERTING HILIR

Sebelum ini kawasan di sekitar Serting Hilir dipenuhi dengan tanaman tebu. Kemudian, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membeli ladang tebu yang berkeluasan kira-kira 3,333 hektar daripada pihak kerajaan negeri apabila tanaman ini gagal untuk di komersialkan.

Pada tahun 1983, FELDA mula membawa beberapa orang peneroka datang menetap di tanah rancangan. Setiap peneroka menerima satu geran tanah, di mana tanah yang mereka duduki tidak boleh dijual kepada orang lain.

Rumah-rumah peneroka yang dahulunya kecil kini telah banyak berubah sejak harga kelapa sawit meningkat tinggi. Kini, rata-rata rumah peneroka berkonsepkan ciri-ciri moden iaitu rumah batu, besar dan dicat dengan pelbagai warna untuk menambah seri rumah mereka.

Felda Serting Hilir kini mempunyai bandar yang dinamakan Bandar Seri Jempol dan mempunyai pelbagai kemudahan lengkap seperti Hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah jempol, Bomba dan Pejabat Daerah , Majlis Daerah dan perbagai agensi pentadibiran kerajaan untuk kemudahan masyarakat disekitarnya.