Bayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat bermula 6 April 2020.

PERINGATAN!!! Urusan di kaunter Cawangan BSN adalah terhad. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa dan semua dimohon untuk patuh kepada arahan ini.

 

#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita

 

91624928 3037641616257391 7324084468602372096 n

INFO : HOTLINE BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

 

#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita

 

photo 2020 04 02 13 51 23

Berikut Adalah Saluran Maklumat Mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

 

#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita

 

photo 2020 04 02 10 40 04

Info daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berkenaan bil dan perkhidmatan.

 

#covid19 #pkp #stayathome #kitajagakita

 

91250559 2533452210209259 548697031435091968 o

Pandangan Felda Serting Hilir 

Felda

 

Lokasi Penempatan NADI Felda Serting Hilir 1

Serting Hilir berada di dalam Mukim Serting Hilir dan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jempol, kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Serting Hilir terdiri daripada felda Serting Hilir Kompleks, FELDA Serting Hilir 1 hingga Felda Serting Hilir 9 dan Perkampungan felda Serting Hilir Kompleks. Keluasan seluruh kawasan dianggarkan kira-kira 6,085 hektar.

Selain itu, Serting Hilir berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting serta Parlimen Jempol. Felda Serting Hilir Kompleks menempatkan pejabat-pejabat FELDA Serting Hilir 1 sehingga Felda Serting 7, sekolah, masjid, pasar raya, klinik kesihatan, perpustakaan desa, Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) serta pusat perniagaan. Felda Serting Hilir 8 dan felda Serting Hilir 9 pula merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh FELDA Plantation Sdn. Bhd.

Pekan Bahau dan Bandar Seri Jempol menjadi tumpuan peneroka Felda Serting Hilir menyelesaikan urusan perbankan, pembayaran bil-bil dan membeli barang-barang keperluan. Kompleks Pentadbiran dan pejabat-pejabat kerajaan turut terletak di Bandar Seri Jempol dan memudahkan peneroka felda Serting Hilir menjalankan urusan rasmi.

Jumlah peneroka di Perkampungan Felda Serting Hilir Kompleks dianggarkan seramai 4,805 orang dengan bilangan rumah 1,033 unit. Manakala jumlah penduduk yang menetap di sekitar kawasan Serting Hilir dan bekerja di sektor swasta, kerajaan, kilang dan ladang kelapa sawit dianggarkan kira-kira 1,604 orang.

Penduduk berbangsa Melayu merupakan kaum yang terbesar menetap di sini, iaitu seramai 4,320 orang dan selebihnya kaum Cina dan India. Penduduk kampung ditempatkan secara berkelompok di tujuh perkampungan dalam satu kawasan tanah rancangan yang luas. Perkampungan tersebut dikenali sebagai Serting Hilir 1 sehingga Serting Hilir 7. Corak penempatan penduduk di Perkampungan Serting Hilir 1 adalah bertaburan, manakala di Serting Hilir 6 adalah secara berjajar di kiri dan kanan jalan utama kampung.

Antara kampung sekitar yang berdekatan dengan Felda Serting Hilir Kompleks dan Felda Serting Hilir Kompleks ialah Kampung Sungai Sampo, Felda Lui Barat, Felda Lui Selatan, Kampung Gecko atau yang kini dikenali sebagai Kampung Serampang Indah dan Felda Tembangau. Kampung Sungai Sampo yang terletak kira-kira satu kilometer dengan Gugusan Serting Hilir merupakan sebuah perkampungan Orang Asli.

Perhubungan antara penduduk di Perkampungan FELDA Serting Hilir Kompleks dengan penduduk di kampung-kampung sekitar dieratkan melalui kegiatan ekonomi. FELDA Serting Hilir Kompleks yang turut dikenali sebagai 'pusat bandar' menjadi tumpuan penduduk setempat dan berdekatan untuk membeli barang-barang keperluan dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Tiga buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang dibina di 'pusat bandar' turut mengeratkan ikatan persaudaraan di antara penduduk setempat dengan penduduk sekitar.

Ladang kelapa sawit yang luas memenuhi sekitar kawasan FELDA Serting Hilir. Pokok-pokok getah juga banyak ditanam di sini. Kedua-dua tanaman ini menjadi sumber pendapatan penduduk kampung.

FELDA Serting Hilir Kompleks yang juga dikenali sebagai 'pusat' menjadi tumpuan penduduk menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan , kemudahan dan perniagaan seperti sekolah-sekolah, masjid ,kedai runcit, stesen minyak, pasar raya, kedai telekomunikasi, kedai motosikal, kedai membuat papan tanda, butik pakaian, gerai makanan, kedai perkakasan dan Andaman pengantin yang merupakan pusat kemudahan kepada penduduk sekitar.

Ada juga penduduk yang menjalankan perniagaan di tepi jalan utama seperti menjual buah-buahan dan membuka bengkel kenderaan. Namun, ada juga penduduk kampung yang memilih untuk bekerja di sector awam dan swasta di Pekan Bahau, Bandar Seri Jempol, Kuala Pilah dan juga di Bandar besar seperti Seremban. Terdapat lima Penghulu Kampung yang bertanggungjawab menjaga pentadbiran tujuh kampung di Perkampungan FELDA Serting Hilir Kompleks. Perkampungan Serting Hilir 2 dan Perkampungan Serting Hilir 3 bergabung dan ditadbir oleh seorang Penghulu. Begitu juga Perkampungan Serting Hilir 6 dan Perkampungan Serting Hilir 7.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Gabungan FELDA Serting Hilir banyak merancang pelbagai aktiviti yang meliputi pendidikan serta kesihatan untuk penduduk kampong lebih-lebih lagi yang melibatkan anak-anak peneroka. Antaranya mengadakan Bengkel Motivasi dan Kelas Tuisyen untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Selain itu, JKKR turut mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

 

AHLI JKKR FELDA SERTING HIIR 1 SESI 2024 - 2026

 

PENGERUSI : EN. MOHD ZAMBRI BIN ABDUL JABAR

KETUA PENEROKA : EN. ADNAN BIN ABD GHANI

TIMB. KETUA PENEROKA : EN. AMINUDDIN BIN RAMLI

SETIAUSAHA : EN. ZAKARIA BIN ABDULLAH

BENDAHARI : EN. MOHD ELIAS BIN MOHD NOR

PENGERUSI GPW : PN. SITI MORNI BINTI HASSAN

SETIAUSAHA GPW : PN. ROSIDAH BINTI ABDULLAH

BENDAHARI GPW : PN. JASIMAH BINTI SARLAN

PENGERUSI BELIA : EN. MUHAMAD AZHAR BIN JAMALUDIN

 

KETUA BLOK

KETUA BLOK 01/ PKT 02 : EN. MUSA BIN AHMAD

KETUA BLOK 01/ PKT 03 : EN. ROSLI BIN RASHID

KETUA BLOK 02/ PKT 01 : EN. MOHD RAZALI BIN MD RAWA

KETUA BLOK 02/ PKT 02 : EN. NORDIN AHMAD BIN HAMID

KETUA BLOK 02/ PKT 03 : EN. ISMAIL BIN ZAKARIA

KETUA BLOK 03/ PKT 01 : EN. AZMI BIN MD NASIR

KETUA BLOK 03/ PKT 02 : EN. MOHAMAD NOOR BIN MAAROF