MENJALANKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN DAN MENERIMA TEMPAHAN MAKANAN
Nama | : Nor Liyana Binti Samsudin |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Pn. Liyana menetap di Felda Serting Hilir dan merupakan anak peneroka felda. Beliau pernah terlibat dengan kelas-kelas ICT pusat internet. Beliau merupakan peniaga kecil menjual kuih muih di tepi jalan. Pada suatu hari, beliau dengan mak ciknya bercadang untuk membuka kedai makan bertema RM2. Seperti temanya, semua hidangan di kedai ini adalah RM 2.00
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum kenalnya dengan ‘online marketing’, Pn Liyana berniaga kuih muih di tepi jalan. Beliau dan mak ciknya sudah bergiat dalam aktiviti berniaga. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mendapatkan bantuan IT dan lama kelamaan, beliau mahir sedikit demi sedikit tentang IT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mereka berdua serasi bersama kerana mak ciknya minat dalam bidang perniagaan. Mulai dari itu mereka berdua bercadang untuk membuka kedai makan. Dari situ beliau memperkenalkan konsep gerai RM 2 kepada mak ciknya. Dengan memiliki asas ICT dan masih muda dan arif dalam dunia facebook. Mereka giat mempromosi gerai mereka di Facebook. Alhamdullillah sehingga hari ini, pelanggan tindak pupus – putus datang ke gerainya.
_______________________________________________________________________________________