PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.
“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”
Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.
Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.
Sumber: CPRC KKM
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (13 Mei 2020)
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus
Sehingga 13 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 22 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 764 KES.
Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 151 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 143 KES dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 111 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN.
Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.
Statistik Kes Positif dan Kematian COVID-19 Di Asia Tenggara sehingga 13 Mei 2020
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus
PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)
Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif. Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau), sememangnya jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan. Ini memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga adalah semakin berkurangan. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan kuning), sekaligus menunjukkan bahawa tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil dalam melandaikan lengkung (flattened the curve).
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak Kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus