Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 7 April 2020.
Negara Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan Jerman yang mempunyai bilangan kes melebihi 100, 000 kes atau 55% jumlah kes di dunia adalah jumlah kes dari keempat-empat negara tersebut.
Negara Itali mempunyai kadar kematian 12.5% atau 16,523 kes.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita
Sehingga 7 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 22 kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 sebanyak 261 kes.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak empat (4) kes.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 102 kes positif COVID-19 adalah daripada kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita
Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 07 April 2020 adalah Seorang. Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 63 orang.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita
Taburan kes covid-19 mengikut negeri dan daerah sehingga 12pm, 7 April 2020.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita
Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia setakat 5pm, 06 April 2020.
Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 170 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 3,963 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 80 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,321.
Pesakit di ICU adalah sebanyak 92 orang dan 50 orang daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang. Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 63 orang.
#covid19 #pkp #dudukdirumah #stayathome #kitajagakita