Sehingga 19 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 776 KES.

Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 161 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 KES dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 111 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.