Terkini #covid19malaysia, 19 Mei 2020
Adalah dimaklumkan bahawa setelah siasatan lanjut dapat dijalankan oleh Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan-jabatan Kesihatan Negeri dan juga CPRC Kebangsaan, lebih banyak kes COVID-19 yang sebelum ini dikelaskan sebagai ‘masih dalam siasatan’ kini telah dapat dijumpai hubung-kait epidemiologi dengan kluster atau subkluster sedia ada.
Susulan pengelasan semula data bagi kes yang telah dikenal pasti punca dan hubungkait jangkitan COVID-19, didapati terdapat 972 kes yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling (sama ada kes indeks atau generasi pertama hingga generasi kelima).
Oleh itu, jumlah kes COVID-19 yang berkaitan dengan kluster Perhimpunan Seri Petaling adalah 3,347 berbanding jumlah sebelum ini iaitu 2,375 kes. Ini bermakna kluster dan subkluster Seri Petaling kini menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.
#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus