Terkini #covid19malaysia, 19 Mei 2020
Kes kematian ke-114 (kes ke-6942) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati.
Beliau telah dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei 2020 jam 3.09 pagi.