Sehingga 12 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 742 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 130 KES dari Kluster Pedas dan 110 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN.

Nota :
Terdapat satu (1) kes yang didaftarkan di daerah Seremban pada 11 Mei 2020, telah dipindahkan ke daerah Kuala Pilah setelah siasatan penuh dijalankan.

#COVID19
#skmm
#pusatinternet
#pinegerisembilan
#piklusterjempol
#stayathome
#staysafe
#JempolMajuIndahdanBeradat
#NegeriSembilanDarulKhusus

1305 03

1305 03 02